Last week on Thursday (21/7/2011) aku bawak Danish jumpa Dentist sebab gigi bawah depannya dah goyang tapi takut nak cabut sendiri. Pulak tuh dah siap keluar gigi baru dah kat belakang gigi yang dah goyang tu.
Ni appoinment card Danish for next checking every 3 months.
1st teeth tu akulah yang cabutkan tapi yang 2nd teeth ni si Danish tak bagi aku cabutkan, sakit katanya mama cabut padahal cabut gigi memang le sakit....banyak alasan betul si Danish ni la.
So ayah dia pun bawak le Danish ke Dentist Eliza ni, cute lemah lembut orangnya. Patut la boleh jadi doktor gigi kan.... haaa, cita-cita my 2nd son nak jadi Dentist!!!!! Si Amir Hakim laa.... aku tahu pun sebab cikgu kelasnya yang bagitahu waktu aku gi sekolah dorang nak amik report card arituh.
Setiap bulan cikgu kelas akan tanya apa cita-cita anak murid, budak-budak lain semua tukar nak jadi itulah inilah tapi anak aku si Hakim kata cikgunya statik.....nak jadi Dentist!!! Bagus tuh, mama sokong cita-cita murni anak mama tu, work hard on it ok Hakim!!!
So, time cabut gigi Danish tu si Hakim berdiri sebelah doktor tengok proses dari mula sampai habis cabut gigi Danish mula dari sapukan gel bius perisa strawberry sampai la pakai player cabutkan gigi Danish. Hakim tengok dengan penuh minat dan tanya memacam soklan kat doktor gigi tuh.
At last cabut la gigi Danish. So masa bayar tu dapat la Danish 1 Set of Dental Teeth Protection. Total semua tak lah mahal.... just RM30 jer pun, ok lah pada aku.
Mulai dari tu, sebelum tidur, selepas makan dan bangun pagi mandi nak ke school Danish dah mula rajin gosok gigi sebab takut giginya rosak lagi. Berbeza ngan Hakim yang rajin gosok gigi. Gigi Hakim cantik, bersih dan teratur jer (puji anak sendiri nampak..... 'ader aku kesah').
Morale of the story..... tua muda rajin lah gosok gigi ketika ianya masih elok, esok kalau dah rongak makan apa pun dah tak sedap walaupun ader pakai 'POLIDENT!!!!'
No comments:
Post a Comment