Saturday, May 11, 2013

100 hari Berlalu Kembalinya Allahyarhamah CNS

Hari ini diam tak diam udah 100 hari ini berlalu di mana isteri aku kembali ke rahmatullah meninggalkan dunia yang sementara ini ke kampung akhirat yang selama-lamanya.
Hakikatnya aku dan semua makhluk yang bernyawa di dunia ini akhirnya jua nanti akan merasai maut dan kembali kepada Allah swt yg Maha Berkuasa. Bila dan dimana kita semua tak tau....hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.

Baru2 nie jua negara kita baru jer abis PRU 13 yg jatuh 5hb Mei yang lepas. Barisan Nasional (BN) telah menang dgn majoriti mudah sebanyak 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 89 kerusi.
Nampaknya BN telah hilang banyak kerusi akibat dari pengundi2 Cina yang banyak mengundi parti DAP dari undi MCA. Boleh aku katakan hampir 90% orang2 Cina ngundi DAP dan nampak jelas dari kawasan2 yg majoriti kaum Cina semuanya berpihak kepada DAP.
Manakala kawasan2 yang majoriti Melayu pulak rata2 persaingan sengit berlaku antra calon2 sama ada dari UMNO dan PAS dan/atau PKR. So....kalau aku boleh simpulkan org2 Melayu terbahagi 2 golongan satu golongan dengan Janji Ditepati sementara lagi satu dengan slogan Ubah Ini Kalilah.
Duduk2 sorang aku sedih gak....orang Melayu dah berpecah belah. Satu golongan kutuk, hina golongan yang lain dan begitu juga sebaliknya. Rasanya aku tak nak lah nak ulas mana yang benar mana yang betul. Off course lah masing2 ada matlamat, pendirian dan perjuangan tersendiri kalau nak berdebatpun aku rasanya tak ada titik noktah. Akhirnya maka timbul dan wujudlah bibit2 kebencian dan hina menghina antara orang2 Melayu dan Islam.
Paling menarik perebutan kerusi Parlimen antara Tan Sri Isa Samat mantan Menteri Besar Negeri Sembilan antara Aisyah mantan penyanyi popular sewaktu ketika dulu di zaman tahun 8o an. Akhirnya Janji Manismu kalah dengan Janji Ditepati.

Aku masih ingat masa kami sekeluarga di Sarawak, ada juga aku bagitau kat arwah isteri aku...kalau pilihanraya nanti kami sekeluarga akan balik Semenanjung utk mengundi, masa tuh arwah isteriku mula sakit2 dan respon diapun tak lah beria sangat. Selalunya pantang diajak balik kampung isteri akulah org yang paling ceria dan bersemangat nak balik kampung...tapi masa dia sakit tuh semua semangat dan nafsunya hilang dan tak bermaya.

Apapun 10 bulan sebelum kematian, dia ada tulis nota wasiat untuk aku. Kandungan wasiat arwah aku rasa tak salah aku kongsi sama korang....sebab wasiat yang arwah telah tulis tuhpun very genaral dan kalau sapa2 boleh gak buat macam tuh. Kami sekeluarga tak ada lah kaya raya sangat dan harta pun bukan lah banyak sanagat...akan tetapi aku harap nanti anak2 aku dh besar dia akan paham dan sedar betapa sayangnya Mama diorang kepada mereka. Satu lagi...wasiat ini adalah berkaitan dengan diri sendiri....contoh nya macam rumah, kereta, tanah dan lain aset milik kita untuk kita wasiatkan pada orang yang hidup nanti. So korang bolehlah baca dan kalau nak komen adalah dialu-alukan.

So apapun selamat malam dan sampai kita berjumpa lagi.
Adios.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







Thursday, May 2, 2013

Kereta BHT 1355 Breakdown

Pagi tadi aku kluar rumah jam 7 pagi....semangat beb nak lapor diri nak masuk pejabat baru........baru kena transfer katakan.


Semangat punya semangat....kereta aku buat hal pulak dekat traffic light Jalan Kem....dah dekat lebih kurang 1 km tempat opis baru aku nie.
Aku periksa...tangki air radiator melewap2....suspect water pump problem. Apa lagi stop kereta dan matikan engine tepi jalan untuk bagi engin cool down.


Apapun aku anggap ini dugaan hari pertama lapor diri. Dulupun tahun 2005, masa aku lapor diri di JLWTengah pun sama kejadian berlaku....tayar motor aku pancit di Shah Alam dan akhirnya aku lapor diri lewat jam 12 tegahhari.


Sekarang, jam 1445 aku masih di worksyop Meng Car Auto Service, Jln Lebuh kerana keluar pejabat jam 1315.......maklumlah jumpa Pengarah dan kakitangan pejabat baru aku nie serta masuk bilik aku tengok apa2 yang patut. Terkenang balik...masa aku sewaktu aku sebagai Pegawai biasa, di sinilah aku mula bertugas dari tahun 1999-2002 dan selepas itu aku mintak transfer ke Penang.

Sekarang pangkat atau jawatan aku dah UP sikit....bukan nak ujub yer....tapi mmg hakikatnya semuanya kehendak Allah swt. Pangkat tinggi ....responsible pun banyak laa beb....bak kata uncle spiderman si Ben Parker...."Great Power Great Responsibility" .

Citer punya lari plak tajuk....haa balik pasal kereta aku dah pakai kereta nie hampir 8 tahun. Kalau tak salah aku bulan Ogos 2005 aku dan arwah my wife amik kereta nie iaitu slps beliau lahirkan anak sulong kami si Danish pada bln June 2005. Maknanya usia kereta nie sama dengan umuq anak aku tuh.


Tapi masa kami di Sarawak aku dn arwah telah beli lagi kereta jenama honda City dan kereta tuh dijangka akan sampai di Port Kelang 4 atau 5 Mei ini. Agaknya kereta Wira aku nie merajuk kot tu pasal dia meragam pagi nie. Mcm mana pun aku sayang dekat Wira aku nie.....byk kenangan manis, masam dan pahit ada tersirat bersama-sama Wira SE aku tuh.

Fuh sedar2 tak sedar dan jam 1530 kereta aku pun siap....so aku bayar upah RM 135.00 dan terus berlau balik opis.....nak sembahyang....kalau sempat aku jumpa Deputy Director General opis aku....Big Boss besar cuti tanpa rekod....2 hari lepas bonda beliau kembali ke rahmatulullah.


Apapun selamat jumpa lagi.

Adio


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 1, 2013

danish lalok part2

Layan jer video anak sulung aku ketika umuq 3 tahun lepas mandi dekat Ipoh water park

Tinggal 10 hari genap 100 hari isteri tercinta CNS Meninggal Dunia

Tanggal 1 Feb 2013 merupakan tarikh yang mengubah seluruh kehidupan aku di mana Allah swt telah menjemput hambanya CNS, isteriku yang tercinta mengadapNya.

Masih terngiang-ngiang kata2 isteriku sewaktu kami sekeluarga di Sarawak yang dia tak akan hidup lama di dunia ini....sempat juga aku berpesan dengannya supaya bykkan amalan bekalan di akhirat sebagai persediaan untuk di akhirat kelak.


Esok 02.5.2013 aku akan melaporkan diri untuk bertugas di Ibu Pejabat Laut, Pelabuhan Kelang di mana tempat arwah isteri ku bertugas dulu. Kenangan bersama di Pel. Kelang apatah lagi aku diam di rumah yang dibeli tontong 60/40 dengannya amat menyentuh perasaan.

Di sini aku akan ambil alih blog beliau untuk aku coretkan apa2 kisah kehidupan seharian. Senang cakap aku take over blog dan akan catitkan apa2 yg aku rasa mampu. Adios

Semoga rohmu tenang di sisi Nya.

Al Fatihah
Mohd Aliff. Hubby Salina




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.