Thursday, October 6, 2011

Holiday at Bandung Indonesia

Salam Ouls... :)

Mungkin dah agak basi untuk aku nak bagitahu tapi on 23-27/9/2011 aku ngan family aku gi holiday ke Bandung Indonesia. Banyak sebenarnya aku nak citer dan nak uploads pics tapi entah macamana la kan macam payah benor... ke aku yang tak pandai nak uploads kan?

Takpe-takpe... janji ader gak pics kan dari takde langsung... son this is a few picture yang tour guide kami amikkan during our vacation there. Happy viewing peeps!!!!












Kat belakang tu Kawah Ratu, kat sini bau belerang kuat sangat. Ni kat salah satu kawah yang ader kat Tangkuban Parahu. Nampak je macam panas tapi actually sejuk berangin kat atas gunung tuh. Kat atas tu bersepah orang jual buah strawberry. Sedap tau manis-manis kalah strawberry kat Cameron Highlands. Aku beli R40,000 dapat 3 peket trus makan kat situ gak dalam berjalan-jalan mendaki gunung tuh.

Kedai-kedai pun banyak kat situ, memacam boleh beli aihh takut korang tak tahan sebab depa hurung kita selagi kita tak beli. Kesian dengan kehidupan dorang. Sanggup jual apa sahaja demi mencari duit.... tersedar aku sejenak bila fikirkan betapa beruntung aku jadi 'Anak Malaysia'.



Haah.... ni kat Main Enterance, bergambar la buat kenangan kan... Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu - lagenda mengatakan si anak bercinta ngan mak kandung sendiri sebab tak tahu tu mak dia... mak dia awet muda.





Ni pun ader hati hubby aku ajak pegi lagi tak puas berjalan katanya. Aku cakap nanti-nanti la bagi anak besar sket bleh aku guna kudrat depa bertiga angkat plastik shopping bag aku nanti. Penat pun tak abis lagi nih....

Kalau korang rasa nak berniaga dan nak amik stok barang harga borong datang la sini. Aku pon sama gak macam orang gila bila pi Pasar Besar (kalau tak silap aku).... memborong telekung je dah 2 dozen, kain japanese cotton 1/2 dozen (utk adik2 pompuan aku la bagi survenir kat depa).... blouse lagi, t-shirt lagi.

Gi Toko 3 beli jeans, original jeans tu beb! Aku just beli 3 pasang jeans jer dan hubby beli 2 pasang. Then lari pi Rumah Moda..... perghhh, barangan kulit tu beb.... Channel, Coach, Gucci.. semua brand ader. Aku just beli 2 psg kasut kulit (nak wat pakai kerja) dan 1 handbag Coach... buat kenang-kenangan.

Lagi satu kami naik kuda tau. Nanti aku update lain dalam column yang lain okey. Gi Factory Outlets. Singgah Hollywood Trans Studio Bandung... R200,000 satu kepala beb!

Beli jugak la baju anak-anak, oil painting pictures (3 keping baru R150,000 jer). Murah tu, kalo kat Malaysia beratus beribu rege nyer.... semalam baru hubby aku dril dinding dan gantung oil painting tu (busy katanya...alasan).

Dari 1 luggage jadi 4 luggage tu termasuk 1 darinya baju kotor yang lain semua barang shopping. Nasib hubby bayar luggage fees lebih sket kalo tak sakit gak nak bayar kat airport nanti. Bag kendong tiap sorang yang tu bawak atas flight la kendong sendiri....

Banyak nak citer tapi cukup la dulu. Kalo nak tahu lebih lanjut baik korang pi sendiri.... experience it by your ownself!


Bye peeps!!!

















Monday, October 3, 2011

Duit Faraid arwah my FIL

Hi ouls...

Akhirnya settle gak urusan pengeluaran wang arwah ayah mertua aku setelah 8 tahun di usahakan. Seusia ngan tempoh perkahwinan aku dan sampai dapat anak 3 la... betapa teruknya nak keluarkan duit arwah ayah dr KWAP.... ni la padahnya apabila mati tidak meletakkan sebarang penama.

Dengan terjadinya masalah ni aku pon terus sound hubby aku suh letak siap-siap nama aku pada setiap harta benda simpanan wang segalanyalah termasuk insuran,wang simpanan supaya tidak menyusahkan orang di dunia nanti. Bukan la aku nak minta hubby aku mati cepat tapi itulah kebenarannya. Sapa yang tak tahu dan tak pernah menempuh permasalahan ini tolong jangan sesedap mulut nak mengata aku hokeyy..... lu kena sendiri baru lu tau... cakap manyak pon tarak guna!!

Dapat lah my MIL merasa duit arwah ayah tapi dlm RM80K tu kena bedak-bedak utk 13 org mengikut hukum faraid. Dapat la arwah mak ayah stil hidup lagi so, Tok Lijah dapat RM13K, my MIL dapat la RM10K, anak-anak lelaki dkt RM7K(portion hubby aku) dan anak pompuan separuh dari jumlah anak lelaki. So, korang calculate sendiri la. Dari jumlah RM80K tu we all setuju amik 10% setiap seorg untuk buatkan wakaf bagi arwah ayah mertuaku.

So, hubby aku yg bertanggungjawab melaksanakan tugasan ini. So, untuk buat wakaf tu hubby aku bahagikan kepada 3 portion. Satu portion bagi kat abah aku sebab surau depan rumah mak abah aku tengah nak naik Sekolah Agama Rakyat. Satu portion lagi aku bagi kat mak angkat aku di Lekir sebab di kampung mak angkat aku tuh dia jadi wakil untuk cari sesapa saja yang berniat nak berbuat wakaf. Duit tu tujuannya untuk membeli sebidang tanah bagi pembinaan masjid di kampung tu. Dan satu lagi portion tu hubby aku buat wakaf di Taman perumahan aku di Bandar Parklands bagi tujuan pembinaan surau. Mudahan-mudahan roh arwah ayah mertuaku sentiasa diberi keberkatan. Besar harapan agar berterusan pahala dengan wakaf yang dilakukan ini.... insya Allah.

So, semua orang jadi OKB la kan..... ye la, Orang Kaya Baru dpt duit bonus!!! My MIL terus ajak aku tempah langsir baru, beli perkakasan elektrik, perabot baru. Lebihan duit kami repair rumah my MIL pasang kipas 2 kat hall dan sebagainya. Ni ader lagi RM13K yang nak di tuntut lagi ni. Duit yang dapat ni nanti kami nak masukkan dalam akaun Tabung Haji buat tokok tambah duit MIL yang memang dah ader dalam buku.

Plannya my MIL, hubby aku dan aku nak pi perfom hajj thru pakej je la, nak tunggu turn panggil thru LUTH lambat sgtkan. Kita ni makin hari makin tua banyak penyakitnya. So, nak cepat pakai je la Haji Pakej. Doa-doakanlah aku dapat pi cepat memandangkan aku ni pon kesihatan tak begitu baik. Aku ni berpenyakit.... sedih, huk huk huk.

Ok la, nanti citer lain :)