Ni la rumah kami kat Bandar Parklands, Bukit Tinggi 3. Double-Storey House jer.
Our 1st house kat Kepala Batas Penang, rumah Terrace Single-Storey, sekarang ni my MIL yg stay kat rumah tu sebab daripada bagi orang lain menyewa rosak nanti rumah kitorang. Jadinya kalau balik ke Penang (hari raya ke, kenduri kendara ke, tahlil ke) takdelah terjadinya perebutan bilik, sebab yang pastinya Master Bedroom hakmilik jitu kami anak-beranak, so org lain takleh nak pertikai... dengan kata lain... 'ader aku kesah!!' Kalo ader sesapa yg tak puas hati.... sila, sila la kalo berani (hubby aku cakap aku ni Mem Besar kalo balik sana, hahahahah).
Ni our 1st house kat Bertam Perdana Penang, really miss our house. Ni pics lama, d latest one rumah ni dh buat Awning + Car-Porch with tiles & Pagar Konkrit. Nnti aku upload new pic nyer.
Sementara nak pindah masuk ke rumah sekarang ni kitorang buatlah sedikit renovation, standard la kan nak masuk rumah baru memacam nak buat tapi ikut pada bajet la. Dalam dah merancang penuh teliti tuh kena tipu gak kami dgn kawan baik hubby sendiri tuh.
Ni ader aku attachedkan a few pics defects yg kontraktor bangak tu buat kat rumah baru aku sampai aku terpaksa 2 kali hire new contractor untuk fix balik defect yang telah dibuat olehnya.
Ni exhaust fan for toilet kat bilik tidur bawah & kitchen. Cuba tengok cara pemasangannya.
Ni exhaust fan kat kitchen hall bersebelahan dgn kitchen cabinet aku, patutnya pasang dulu kitchen cabinet baru tebuk lubang pasang exhaust fan. Tengok cara pemasangannya dengan wayar terjojol keluar.
Ni pics dari sisi, pemasangan yang tidak kemas juga tidak rapat. Ni namanya kontraktor bertauliah?
Korang tau, kalo fix defect the expenses will be double from the exact price.... berapa jumlah yang telah kami laburkan? Takyah citer la berapa tapi kalau termasuk pembelian barangan elektrik dan household yang aku beli untuk masuk ke rumah baru kami ni memang hampir mencecah RM100,000.
Korang ingat senang nak carik duit sebanyak ni? Kes aku ni sampai melibatkan pihak polis la..... nasib baik masa wat renovation tuh hubby aku playsafe buat simple agreement (biasa le, dia kan selalu jadi SO utk projek-projek jabatan nih). Bodoh punya kontraktor, mangkuk hayun, kepala lutut, penipu besar plak tuh.
Ni suis kat kitchen sebelah sinki dan kitchen cabinet, cuba tengok kontraktor ni potong kitchen cabinet aku sbb dah terpasang awal suis, patut ukur dulu.
Ni suis kat Main Hall aku, punyalah berterabur dan tak sebaris, plak tu suis lampu tunggang-langgang antara satu sama lain.
Ni suis kat Master Bedroom, patutnya wayar utk fius fan tu simpan la kat dlm cement sbb fan aku pkai yg remote controller 7 speed.
Sabar je la aku ni, naik dah darah aku ni bila ingatkan balik peristiwa tuh, sakit hati tahap gaban mata merah!!! Tapi takpe, sekarang ni rumah ku sudah pun pulih seperti biasa setelah dibaiki oleh 2 org kontraktor yang cukup piawaian SIRIMnya....heheheh.
Living Room
Living & Dining Room
Master Bedroom
Syukur , alhamdulillah.... hubby plak dok merencana nak menambahbaikan bahagian depan rumah macam ala-ala Bali Style tuh.... ikut la bang oiii, janji kita tak keberhutangan serius!!!!!
kalau abang nak renovate rumah ka wiring rumah ka abang bolehh contact saya 0175440074. Insyallah abg boleh dapat servis terbaik dari kami abg. pekerja yang buat semuanya berpengalaman. abang boleh check web rebungemasenterprise.weebly.com
ReplyDeletekalau abang nak renovate rumah ka wiring rumah ka abang bolehh contact saya 0175440074. Insyallah abg boleh dapat servis terbaik dari kami abg. pekerja yang buat semuanya berpengalaman. abang boleh check web rebungemasenterprise.weebly.com
ReplyDeleteSesiape nak repeirh rumah boleh hubungi saya no 0175820973
ReplyDelete