Hi & As-salam semua...
Bulan ni merupakan bulan Ramadhan, bulan untuk kita semua menahan lapar dan dahaga selain menjaga segala bentuk perilaku baik dari sudut lahiriah mahu pun batiniah. Perbanyakkanlah amalan ibadat kita sebab dalam bulan ramadhan ini lah pahalanya berganda-ganda bila mana kita melakukan apa jua kebaikan atau kebajikan.
2 Ramadhan, harap diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat aku menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini dengan sebaiknya, insya Allah. Malam tadi aku dikejutkan dengan 1 berita yang tak baik (sedih sangat hati aku ni).
Sebaik hubbyku balik dari menunaikan solat terawih terus hubby aku bagitahu kat aku yang dia dapat aduan dari Tok Siak perihal anak aku si Hakim. Dalam banyak-banyak budak yang pergi juga ke surau tu kenapa anak aku sorang yang dipersalahkan buat macam-macam perkara buruk.
Kenapa baru sekarang aduan nak diadukan kepada kami suami isteri? Kenapa tak diberitahu awal-awal sebaik perkara tersebut dilakukan (kalau betul anak aku yg lakukan)? Kenapa simpan sampai 8 kesalahan yang mana pada aku benda-benda ni bukan dilakukan secara individu tapi berkumpulan? Apa baik sangat ke budak-budak lain tu sedangkan anak aku baru berumur 5 tahun? Sedangkan perkara buruk yang dilakukan memungkinkan budak yang lebih dewasa utk melakukannya!!!
Lepas ni aku tak akan bagi anak-anak aku pergi ke surau selagi dorang betul-betul tak bersedia dan akhil-baligh supaya jangan ada lagi tuduh menuduh membuta-tuli pada anak aku! Aku takkan maafkan pada individu yang menuduh anak aku tanpa bukti yang SAHIH tapi sekadar tekaan sebab nak ader individu utk dipertanggungjawabkan utk kesalahan yang telah dilakukan. Sampai mati takkan ku ampunkan dunia akhirat!!!!
Hati ibu mana tak luluh melihat anak dituduh sebegitu rupa. Akal ader ke dan lojik ke anak aku buat benda yg IMPOSSIBLE akan budak 5 tahun buat sebab kalo dia nak buat dah lama dia buat kat rumah sendiri dulu la...... ni la jadinya kalau otak bertuankan nafsu!!!!
p/s : nak gi istighfar jap dari maki-maki manusia yang tak bertamadun itu!!!
No comments:
Post a Comment