Monday, July 11, 2011

My APC 2008

Hi semua & As-salam

Takde mende pon nak citer tapi saja la aku nak kongsi share kegembiraan aku sepanjang aku berkhidmat dalam perjawatan awam yang kini dah mencecah lebih kurang 11 tahun. Insya Allah kalau takde aral melintang rezeki anak-anak aku cukup je 15 tahun berkhidmat secara automatiknya aku akan dapat naik kekananan, kiranya dapat title CC la..... wakakakakah, Chief Clerk tu beb (ehh... kan mmng dah kuar pekeliling pasal bab ni kan?)

Tapi yang sebenarnya aku dalam proses nak apply utk KPSL gred N27, kenaikan pangkat secara lantikan.... disebabkan ader kesilapan teknikal di bahagian peperiksaan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) aku terpaksa amik semula exam KPSL N27 yang mana sebenarnya aku dah lulus pada tahun 2006. Sedihnya Allah sahaja yang tahu....

Tapi takpe, rezeki aku tetap ada walaupun aku selalu di aniayai... aku bersyukur di atas segala ujianMU Ya Allah... walau kadangkala aku jatuh tersungkur terduduk dibuatnya. Just want to sharing my happiness here....

Pada tahun 2008 aku di Anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang oleh pihak Jabatan Laut Malaysia tapi sebelum tuh 3 tahun berturut-turut aku mengekalkan prestasi SKT aku, payah benar setiap dugaan banyak pahit manis yg aku kena tempuhi, jatuh bangun aku dalam menggapai kejayaan bukan perkara yang mudah. Haa..... ni la sijil penghargaan yang aku terima hari tuh dengan penuh rasa bangga dan syukur.










Ini tak bermakna aku dah berjaya sepenuhnya. Selagi kita bergelar manusia hamba ciptaan Allah kita takkan benar-benar sempurna dan harus menuntut ilmu hingga ke akhir hayat. Bak kata pepatah tuntut la ilmu sampai ke negara China... tapi apasal erk jadikan negara china sbgai contoh? Sbb kat sana kos tenaga buruh murah kot erk?

No comments:

Post a Comment