Thursday, September 20, 2012

Lama tak jenguk blog ni

As-salam semua....

Dah hampir 9 bulan aku stay kat Sarawak ni. Dalam diam tak diam dah nak masuk setahun rupanya...

Bulan 11 dan 12 ni aku amik cuti tanpa gaji, balik rumah mak aku. Ada hal diri sendiri yang perlu diselesaikan.

Apa-apa hal pun, bila aku senang aku akan menulis semula ok. Aku tak berapa sihat sangat ni.

Adios!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 26, 2012

Lama tak menulis... Rindu kat blog aku nih...

As-salam & Hye semua...

Lama dah aku tak menulis kat sini, semenjak aku bertukar secara rasmi ke Kuching Sarawak pada 1 April 2012.

Alhamdulillah, kerja aku kat jabatan baru ni tidaklah se'kejam' yang aku dengar sebelum-sebelum ni dari mulut orang kan....

So, aku ditempatkan di Unit Fail (pentadbiran) di Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak(HQ). Rumah dengan ofis aku tak jauh pun dalam 10 minit macam tu je tapi sebab kena menempuh 3 traffic light tu yang jadikan lambat skit.

Anak-anak pun dah mula dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Sarawak ni tp Danish(anak sulung aku) selalu je meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap Class Teacher nya.

Kalau getting worst barulah aku akan pergi ke sekolah sebab pada aku kalau nak mengajar anak murid tu tak perlulah sampai menarik rambut anak aku. Perkara ni diceritakan jugak oleh kawan perempuan Danish pada aku.

Berbeza sekolah di Sarawak dengan di semenanjung. Nasib la Danish tak perlu nak ambil sebarang ujian penempatan kelas sebab alhamdulillah Danish cepat catch-up pelajaran yg dia belajar di sekolah.

Hakim plak tak dapat belajar di Pra-Sekolah sebab dah full. Terpaksa bertadika Kemas dalam Kem Tentera Penrissen tapi alhamdulillah Hakim dah pandai bawak diri. Yang bestnya anak-anak aku dah pandai sedikit sebanyak bercakap bahasa dialek Sarawak!!!

Ada kesempatan lain aku akan bercerita lagi, nak keluar jap beli barang keperluan bulan ni.

Byee :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 14, 2012

Gift from JLM (HQ IPL)

Askum....

Tengahari tadi my hubby drop by sekejap ke IPL sebab ada urusan dengan Encik Subramaniam regarding our contena shipment dr PKG-KCH.... barang-barang rumah sebahagian je yang di angkut, yang lain dah bli kat sini macam fridge,washing machine,LED TV,rice cooker dan sbgainya.

So,hubby singgah kat receptionist bjumpa dengan Pah sebab nak amik gift untuk aku di atas pertukaran tempat bekerja... Sort of like appreciation gift la....

Kat atas nih ader pics nyer.... By the way, thank you for the gift. I will always remember u all, memories working at JLM.... 11 years being 1 of the members of JLM.

Nnti kamek update lain okey :)

My New Office & Officemate



Ni la Rosmina Luis - my new colleague





My New Office - JPJ Kuching Sarawak

Ok ouls....

Tengah-tengah time free ni aku dengan rajinnya nk uploads gambar partner aku disini... Mrs Rosmina Luis. Tapi dia partner ngan aku sampai end of this month jer sebab Mina dapat offer pegi ke Jabatan Agama Islam Sarawak gred S27...

Tengok kat atas ni ok, ader pics bangunan tempat keje baru ku dan Rosmina.

Tunggu yang lain akan menyusul kelak.....

Tempat kerja baru ku

As-salam

1 Mac 2012 aku mula melaporkan diri bertugas di tempat kerja baru ku di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching Sarawak.

Buat masa ni aku ditempatkan di Unit Fail(sama la dengan kerja lama aku dulu di Unit Perundangan jaga fail undang-undang).

So far kerja di sini ok alhamdulillah, masih awal untuk aku memberikan komen.

Penerimaan orang disini khususnya rakan sejawat alhamdulillah, mereka banyak memberikan kerjasama bermula dengan mencari rumah sewa, kereta sewa(last2 aku bli keta baru ko...), pengasuh anak.... Mereka disini mmng helpful. Thanks a lot frens :)

Later on aku akan update latest perkembangan disini beserta gambar skali.

Check it out :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 14, 2012

Transfer Approved!!!

As-salam....

Hari ni baru la aku boleh tersenyum manis hati berbunga sbb dalam hati kini sudah ada taman....hihihih, apa yang ko merepek ni Ina oiii.....

Ok-ok, on 10 Februari yang baru ni aku dapat dah official letter dari MOT mengatakan pertukaran aku dah approved dan penempatan tempat keje baru aku pon dh ada di Kuching Sarawak tuh.

Ya Allah aku bsyukur sangat sebab proses pertukaran aku tidaklah mengambil masa yang agak lama cuma sebulan lebih sahaja.

So, aku lapor diri di HQ kat Putrajaya this coming 16 Februari dan aku minta penangguhan lapor diri kat pejabat aku di Sarawak tu on 1 March ni sebab nak uruskan pertukaran sekolah anak-anak, rumah sewa, pengasuh atau nursery anak aku nanti.

Banyak keje tuh dan aku fly ke Sarawak on 26 Februari ni, whole family la. Gi sana awal sbb nak survey-survey keadaan tempat baru kan.

So, wish me a lots of luck la kan di tempat baru nih.... I'm gonna miss so much my frens here, my home(tak sewakan pun.... sbb nnti balik semenanjung aku nak stay kat mana plak time school holiday & cuti raya nnti), my family at Seri Manjung(mom and dad)... all arr, sedih la plak tetiba.... sob sob sob :(

Nanti post lain, nk kuar sat lap air mata kegembiraan ku ini :)

To loooo...... zassss!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 15, 2012

Mak & Abah

Tetiba je terasa rindu kat 2 orang ni,nak balik Manjung tak berani nak drive dengan nak mengawal 3 hero ku ini yang suka buat aksi bahaya dalam kereta. Tak naya ke nanti dibuatnya....

Insya Allah ada masa aku balik la Manjung nanti bila keadaan dah lega-lega skit dan teratur kan...

Buat mak ngan abah, don't worry, I'm ok stil can handle my 3 kids eventhough their father not with us. Just pray that I'm always in good condition good health to take care my sons!

Kalau free time mari le datang rumah kami ni haa... Boleh tolong jaga anak cucu sama...hahahah

Sayang sangat kat mak ngan abah aku tu...

Wednesday, January 11, 2012

Anak sulungku dah sekolah pon...

Entry kali ni pasal anak sulung aku Danish yang masuk standard 1 Tekun di SKPK.

Besar sudah anak aku, terasa plak diri ini sudah tua... taklah tua cuma lebih matang.

Ni ader aku attachedkan a few pics during first day attend school... semangat sungguh Danish, mama doakan Danish berjaya ilmu dunia dan akhirat. Periksa nnti dapat no 1 okey :)

Jom, kita layan gambar di atas.

Tuesday, January 10, 2012

Puspanita Event - Ladies in Black & Red




Hi ouullss... & As - Salam

On 9 December 2011, Puspanita Jabatan Laut(jabatan aku la) ada buat event seperti yang korang baca tajuk di atas.

So, semua kena la pkai baju bertemakan kaler merah hitam. Macam-macam aktiviti menarik dijalankan.

Dlm masa yg sama event ini adalah bertujuan utk meraikan ahli-ahli Puspanita yg bertukar ke tempat lain dan yg baru bersara.

Semua ahli dikehendaki membawa hadiah masing-masing,terpulanglah pada bajet dan kemampuan masing. Hadiah-hadiah ini akan ditukarkan diantara satu sama lain,so nasib la...sapa dpt hadiah sapa kan.

Ader pertandingan Karaoke, Pakaian tercantik dan Teka-teki. Yang bestnya boss lama aku pun dijemput hadir...Puan Insyariza.

Best sgt sbb takde lelaki sorg pun dibenarkan join majlis ni jadi bebas la kalo ko nak melalak karaoke sampai abis event nih.

So,sini ader aku attachedkan a few pics yg sempat kawan aku snap(hasney)...

Moh kita layan gambar sat neh....

Bila la transfer nih...

As-salam & hi ouullss....

Hari ni dah mencecah hari yg ke-9 aku menjadi stand-alone mommy semenjak hubby aku di transferkan ke Kuching,Sarawak.

Entah bila la MOT nak meluluskan permohonan pertukaran aku untuk mengikuti hubby tu. Sibuk sangat kot nak settle kan pasal Skim baru SBPA nih....

Sian kat hubby aku, makanan kat sana tak best katanya. Kembang anak tekak dibuatnya dan diragui plak tu status HALAL nya. Nak masak x boleh sebab just rental a room... RM200 per/month.

Ya Allah,kau permudahkan dan percepatkanlah permohonan pertukaran ku ini utk mengikuti hubby ku ke Sarawak.

Susah ooii hidup berjauhan macam ni. Dugaan utk kami suami isteri agaknya utk menguji kesetiaan masing-masing. Nasib la ada 3 hero cilik aku ni, taklah sunyi sangat tapi hari-hari tanya mana ayah?Kenapa ayah ni keje tak balik-balik?

Sabar la erk...apa lagi yg aku boleh buat....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 5, 2012

Transfer To Kuching, Sarawak

As-salam semua :)

Lama dah ku tinggalkan dunia menulis blog ni.... bukannya apa, mencari mood yang betul-betul sesoaiii dik nun..... La ni aku tinggal ngan anak-anak aku berempat beranak sebab hubby kena transfer ke Kuching Sarawak effective date 3 January 2012 yang lepas. Tapi taklah transfer buta-buta lagu tuh.... hubby aku has been promoted to be Ketua Penolong Pengarah gred A48 di Jabatan Laut Sarawak sana nun..... jauhkan korang?

So, aku pun mula lah menaip surat mintak tukar gak di bawah Kementerian Pengangkutan gak (MOT).... ingatkan senang dapat sepejabat lagi....tapi hampeh, takde kekosongan. So, terpaksa la guna Plan B iaitu mana-mana jabatan yang dibawah MOT... kira takleh pilih dah la. Samada DCA, JPJ, JKR atau JKJR....

Aku dah tak kisah dah janji aku dapat bertukar ke Kuching Sarawak sama ngan hubby aku. Payah jadi stand-alone mommy nih. Kena kuat semangat tuh nak handle my 3 heroes tuh.

Korang-korang diluar sana tuh, minta jasa baik tolong la doakan aku supaya dipercepatkan dan dipermudahkan urusan aku mintak pertukaran nih. Mintak tolong ye kawan-kawan..... sedih ni takdak laki disisi.... sob sob sob.

La ni kena tidoq sorang-sorang, dok peluk cium baju melayu laki ja la....(tak senonoh btui aku kan....uwekksss... ader aku kesah!!!!)

Ok, nak blik dulu, nak amik anak kat school, Danish sekolah sesi petang.....

Bubaiii :)