Thursday, April 24, 2014

Tanda Mati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI (Jumaat, 25 Jdl. Akhir 1435H)
Happy Ending !

Kematian bukanlah jalan pengakhiran pada sebuah kehidupan, tetapi adalah sebuah permulaan... Kematian bukan tekan button 'shut down' tetapi adalah button 'restart'. Kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat. Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur begitulah juga sebaliknya.

PENCERAHAN :
Ada yang Allah beri rezeki meninggal dunia dalam keadaan bersujud, ada yang meninggal dunia dalam keadaan sedang berdoa, ada yang Allah ambil nyawanya dalam keadaan sedang berceramah. Ada juga kes yang Allah perintahkan Malaikat Izrael mencabut nyawa hamba-Nya dalam keadaan berzikir yang tidak berhenti-henti sehingga asbab itu Allah terangkan kuburnya. Ini semua tiada yang mustahil di sisi Allah SWT.

Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya (Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al-Qur’an dan Sunnah sahihah, beliau mendapati beberapa tanda. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah. (ada 19 tanda tapi di sini beberapa tanda sahaja)

1) Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematiannya sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih diantaranya:

قوله: صلى الله عليه وسلم : ( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة )

"Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga" (HR: Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)
2) Mati hari jumaat. Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash "Mana-mana muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, nescaya Allah selamatkan dia dari fitnah kubur." (HR: Ahmad dan Termidzi)
3) Percikan peluh di dahi "Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya" (HR: Ahmad, Termizi)
4) Mati di jalan Allah. "Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia mati syahid." (HR:Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman, dibunuh hanya kerana dia bertudung.
5) Mati kerana wabak taun. Pada zaman dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan sebagainya.
6) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya
7) Mati kerana sakit zat al-janb (paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, pneumonia atau sakit paru-paru berair.
8) Mati kerana komplikasi perut. Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus.
9) Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran.
10) Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:

( صحيح ) لحديث عبادة بن الصامت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عاد عبد الله بن رواحة قال : فما تحوز له عن فراشه فقال : أتدري من شهداء أمتي ؟ قالوا : قتل المسلم شهادة قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل قتل المسلم شهادة والطاعون شهادة والمرأة يقتلها ولدها جمعاء شهادة [ يجرها ولدها بسرره إلى الجنة ] ) .

"Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahwa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah.... Baginda berkata: ....Sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya juga syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesyurga)

KESIMPULAN :
Tanda-tanda kematian seperti ini diibaratkan seperti satu keuntungan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak mempunyai modal asas. Kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan semua perintah Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.
Wallahu a'lam -
Mudir Ar Rasyid Al Baghdadi

Sent from Yahoo Mail on Android

No comments:

Post a Comment