Wednesday, April 16, 2014

Agama Itu Nasihat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TAZKIRAH HARIAN :

AGAMA ITU NASIHAT.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)

Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga persaudaraan dan persahabatan ini menjadi sebab musabab kita beroleh redha Allah. Salah satu sifat sahabat dan saudara yang baik ialah saling tegur menegur dan nasihat menasihati dalam menyatakan kebenaran dan meluruskan kepincangan.

Nasihat berasal dari perkataan NASHOHA yang membawa maksud “ Menampal sesutu yang koyak” atau “ Menjernihkan sesuatu yang keruh”. Dari maksud ini dapat difahami bahawa sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan menjernihkan suasana atau keadaan. Adalah kurang bijak sekiranya seseorang memberi nasihat kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama perbuatannya itu mengusudkan lagi keadaan. Umpama kain yang sudah koyak ditambah lagi koyaknya. al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata:

النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له

“Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.” (Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 79)

TUNTUTAN MEMBERI NASIHAT :

Ibnu Baththal rahimahullah (Wafat: 449H) berkata:

والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم

“Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/39. ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 4/211)

SEBAIK-BAIK NASIHAT :

Sebaik-baik nasihat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam beberapa hadis yang lain disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“ Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692)

mam as-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) juga pernah berkata:

من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه

“ Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia), maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sebenarnya dia telah membongkar aib dan merendahkannya.” (an-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 1/13)

Seorang da’ie atau muslim yang bijak apabila menegur kesalahan seseorang tidak dicanang dan dihebohkan kesalahan itu dan siapa pelakunya. Nasihat dilakukan hanya di antara dia dengan pelaku tersebut. Inilah sifat nasihat yang sebenar iaitu menampal yang koyak bukan menambah koyaknya. Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan lagi keadaan.

BILAKAH NASIHAT BOLEH DI
LAKUKAN SECARA TERBUKA?

Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain. Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:

لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له

“Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, m/s. 35)

Mutakhir ini banyak isu berkenaan personality agama di TV yang digemari mengutarakan pandangan, fatwa atau idea yang bercanggah dengan kaedah usul dan akidah Islam. Mereka bebas mengutarakan pandangan di laman sosial atau media massa tanpa sebarang sekatan. Pandangan dan idea mereka mudah mempengaruhi ummah lantaran nama dan kemasyhuran sebagai personaliti kesukaan. Malang sekali apabila ditegur kita dianggap cemburu dan tidak berhikmah kerana membuat teguran terbuka. Sedangkan kesalahan yang mereka lakukan itu secara terbuka dan memberi kesan yang negative buat umat ini. Lantaran itu teguran juga mestilah secara terbuka agar umat tidak terus tersirna dengan kemasyhuran seseorang sehingga alpa dari kebenaran yang pasti.

وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِ
عْلِه
“Adapun menyembu
nyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memceroboh kehormatan dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)

Contoh nasihat atau teguran secara terbuka, terang-terangan dan di khalayak ramai :

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ

“Dari jabir bin Abdullah Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Sedang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkhutbah pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: adakah engkau telah solat wahai fulan?” lelaki itu menjawab : tidak. (lalu) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “bangunlah dan solat ( dua rakaat tahyatul masjid )” (HR Muslim; 875)

Sekalipun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja. Bukan munkar yang besar tetapi baginda menegurnya kerana perbuatan itu dikhalayak ramai yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil ringan pada suatu yang sunnah. Inilah yang menjadi dasar kebimbangan khalifah umar ketika menegur saiyyidina Uthman bin ‘Affan secara terbuka. Diriwayatkan bahawa :

حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَعَرَّضَ بِهِ عُمَرُ فَقَالَ مَا بَالُ رِجَال
ٍ يَتَأَخَّرُونَ بَعْدَ النِّدَاءِ فَقَالَ عُثْمَانُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَا زِدْتُ حِينَ سَمِعْتُ النِّدَاءَ أَنْ تَوَضَّأْتُ ثُمَّ أَقْبَلْتُ فَقَالَ عُمَرُ وَالْوُضُوءَ أَيْضًا أَلَمْ تَسْمَعُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan: “ketika Umar bin al-Khattab sedang berkhutbah kepada orang ramai pada hari jumaat, tiba-tiba masuklah Uthman bin ‘Affan maka Umar menoleh ke arahnya lalu berkata: “apa hal dengan seorang lelaki yang datang lewat selepas azan?” Maka Usman menjawab: “Wahai amiral mukminin! Aku tidak menambah-nambah (Melakukan perbuatan lain) tatkala mendengar azan selain terus berwuduk kemudian terus datang.” Maka berkata Umar : “dan wuduk juga?” tidakkah kalian dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila salah seorang dari kamu ingin datang menunaikan jumaat , maka hendaklah dia mandi (sunat jumaat).” (HR Muslim ; 845 )

Jelas sekali teguran khailifah Umar itu dilakukan secara terang-terangan di khalayak ramai. Ia bertujuan untuk mengigatkan umaah kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan agar mereka tidak terikut dengan kesilapan atau kealpaan seseorang sekalipun seorang tokoh dari kirami as Sohabah.

Apa yang amat menakjubkan ialah sikap saidina Uthman yang tidak membantah teguran itu dan akur dengan kesilapannya. Inilah akhlak yang sepatutnya ada pada para ilmuan harapan ummah hari ini. Berlapang dada dan sedia menerima teguran serta mahu membetulkan keadaan bukan mempertahan diri dengan pelbagai alasan.

Kesimpulan :
Agama itu adalah nasihat. Ia hanya berguna kepada mereka yang mahu mengambil manafaatnya. Dalam menegur sesuatu ingatlah kita dituntut berhikmah dan ikhlas kerana Allah. Hikmah bukan bererti dengan pendekatan lemah-lembut dan tersembunyi sahaja. Hikmah bermaksud menegur sesuai dengan situasi dan keadaan.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci,
akhlak yang luhur dan
kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat, agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.

Doakan Istiqamah. Maaf tazkirah ini agak panjang.. terimakasih kerana sabar membaca..

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, والعفو منكم...

Mudir Ar Rasyid Al Baghdadi

Sent from Yahoo Mail on Android

No comments:

Post a Comment