Sunday, April 20, 2014

Nikmat

. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI (Isnin, 21 Jdl. Akhir 1435H)
Pilihlah antara Nikmat @ Niqmah?

Nikmat (نعمة) adalah anugerah kurniaan yang Allah SWT berikan kepada kita, Free Of Charge (FOC). Nikmat yang diberi, andai tak disyukuri, ia akan menjadi Niqmah (نقمة) bala atau kecelakaan pula.

Biasanya Allah akan beri apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita minta. Sebab Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diberikan kepada kita. Tapi kita pula sewenang-wenangnya menyalahgunakan nikmat yang diberi. Maka di kala itu, yang diberi bukan lagi 'Nikmat', bahkan mungkin bertukar menjadi 'Niqmah'.

PENCERAHAN :
Nikmat bererti pemberian dan anugerah seperti rezeki, harta dan sebagainya. Dalam al-Quran perkataan nikmat digunakan dengan barbagai maksud antaranya;

1. Nikmat dengan maksud Agama Allah dan Kitab-Nya. Firman Allah SWT;

سَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَمْ آتَيْنَاهُم مِّنْ آيَةٍ بَيِّنَةٍ وَمَن يُبَدِّلْ نِعْمَةَ اللّهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُ فَإِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Tanyakanlah kepada Bani Israil: Berapa banyaknya tanda-tanda (kebenaran) yang nyata, yang telah Kami berikan kepada mereka. dan barangsiapa yang menukar nikmat Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, Maka Sesungguhnya Allah sangat keras seksa-Nya." (QS. Al-Baqarah: 211)

2. Nikmat bermaksud kesenangan, keselesaan dan serba mencukupi dalam kehidupan. Firman Allah swt;

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: Tuhanku telah memuliakan ku." (QS. Al-Fajr: 15)

Oleh itu segala perkara yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia, itu adalah nikmat sama ada disedari atau tidak disedari, sama ada dalam bentuk yang zahir seperti pemberian harta kekayaan, kesihatan tubuh badan, kehidupan yang baik, atau nikmat yang batin seperti hidayah dan pertunjuk agama Islam, ketenangan dan kebahagian dan lain-lain.

Kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan adalah antara unsur-unsur nikmat juga. Tetapi tidak semua itu adalah nikmat dari Allah SWT, bahkan mungkin satu Niqmah dari Allah. Kelazatan, kesedapan, keenakan, keseronokan yang berasaskan hawa nafsu syaitaniah, melakukan maksiat dan dosa bukanlah nikmat, tetapi ia adalah niqmah (kecelakan) dan kemurkaan Allah (istidraj).

Oleh itu hakikat nikmat itu ialah segala anugerah dan pemberian yang diberikan kepada manusia dan dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT, sebaliknya sesuatu yang haram atau sesuatu yang diperolehi dengan cara yang haram, atau perkara yang baik tetapi digunakan pada perkara yang haram adalah niqmah dan kecelakaan pula ke atas pelakunya.

Nikmat yang hakiki adalah nikmat yang berkaitan dengan kebahagian yang berkekalan, iaitu nikmat yang membawa kebahagian di akhirat, nikmat Iman, Islam dan Ihsan, nikmat hidayah dan nikmat berada pada jalan yang lurus.
Satu do'a yang ringkas namun penuh makna dari kitab Riyadhus Solihin An-Nawawi, dari Abdullah bin Umar, dia berkata, "Di antara doa Rasulullah SAW adalah;

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari seksa-Mu (niqmah) yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu" (HR: Muslim)

KESIMPULAN;
Ringkasnya, nikmat yang dimaksudkan di sini adalah sesuatu yang baik yang kita perolehi dari Allah SWT. Sedangkan niqmah pula adalah seksa dan murka Allah kerana penyelewengan yang telah kita lakukan dari pemberiaan nikmat itu tadi. Pilihlah nak yang mana satu? Wallahu a'lam.
Mudir Ar Rasyid Al Baghdadi

Sent from Yahoo Mail on Android

No comments:

Post a Comment