Monday, August 1, 2011

Majlis Tahlil & Makan di tempat mengaji Iqra'

As-salam semua

Khamis minggu lepas anak aku bagitau yang Ustazah kat tempat mengaji Iqra' dorang nak buat Majlis Tahlil dan makan beramai-ramai sempena nak bulan puasa ni. So, ustazah suruh tapi bukan diwajibkan pun untuk membawa sorang sedikit ehsan berupa makanan seikhlas hati ke tempat mngaji anak-anak aku bagi tujuan tersebut nnti.

Seramai 35 orang kanak-kanak kesemuanya dan aku just bagi Apam Polka-Dot dan Kek Kukus Chocolate je. Itu pun dengar kata ustazahnya tak cukup Apam tu sebab semua kanak-kanak suka instead of makan nasi, bihun atau mee kan. Ingat nak buatkan Dadih sekali tapi tak sempat nak keras anak-anak aku asik buka tutup fridge jer, sudahnya buat makan anak beranak je la....




Close-up Apam Polka-Dot!! Filling strawberi & coklat






Ni sebenarnya kek coklat moist tapi aku letakkan dlm bekas kecil-kecil. Leceh la kalau buat sebiji nak kena potong-potong plak.






2 juadah untuk Majlis malam tuh. Tak cukup rupanya....



Syukur alhamdulillah majlis tu berakhir dengan selamat dan sempurna. Siap bergambar lagi beramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain juga bersama dengan Ustazahnya juga. Ni just sebahagian pics yang aku uploads. Ader byk lagi tapi cukup la tu utk santapan mata.




Beratur nak ambik juadah/makanan








Sebahagian group kanak-kanak lelaki yang mengaji Iqra'








Close-up!!








Di apit oleh Ustazah kiri dan kanan




Lepas ni ustazah cakap nak buat Majlis Hari Raya tapi kali ni parents leh ramai-ramai join. Mesti lagi best!!!

No comments:

Post a Comment