Wednesday, November 23, 2011

Cuti-cuti Malaysia di Penang

As-salam...

Esok jumaat (25/11/2011) aku keje halfday sebab nak balik kampung, ye ker kampung? Rumah mak aku tu kat Bandar Seri Manjung Perak rumah taman perumahan lagi..... sebab sabtu ngan ahad tu kena attend wedding. Hari ahad tu nanti lepas balik dari wedding trus shoot gerak balik ke Penang plak rumah my MIL.

Yang sebenarnya my hubby nak mengecat rumah maknya. Tu yang amik cuti seminggu tuh. Tapi kena balik gak 30/11/2011 tu sebab aku nak kena gi Hospital Putrajaya ader blood taken. Tapi dengar-dengarnya macam ader kursus yang pihak pentadbiran anjurkan buat di Langkawi dari 2-5/12/2011 tapi satu haram surat atau memo pon aku tak dapat.

Lantak le, kalau dapat cepat sebelum aku bercuti sok aku pegi kalau tak.....wassalamu la. Lama dah tak pergi bercuti ni. Hasrat hati macam nak ajak hubby gi Melaka bulan 12 nih. Tu pun lepas Danish abis kelas celik jawinya dari 5-22/12/2011 ni bagi menentukan kedudukan Danish yang akan ditempatkan di kelas yang mana nanti untuk sekolah kelas SAR di Kampung Idaman.

Ok lah, nanti citer lain :)

No comments:

Post a Comment