Thursday, November 24, 2011

Choc Moist Cake

Assalamualaikum...

Malam tadi saya mencuba resepi baru... dapat dari seorg teman, Hasni namanya. Pastu kak Salama pon bagi gak resepi kek coklat yang selalu dia baked kat rumah untuk kudapan familynya. So, aku pon merangkumkan dan mengadaptasikan resepi mereka berdua, maka terhasillah kek dibawah ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi choc moist cake yang famous ni....















Jom kita buat sama-sama :)

Bahan A:

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cairlagi sedap)

½ cawan susu manis


Bahan B:

1 ¼ cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate


Bahan C:

3 biji telur


Cara menyediakannya:

Masukkan A ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.


Ayak B, ketepikan.


Pukul telur hingga kembang dan dicampur dengan campuran koko (A) tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam 1/2 acuan je). Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan.


Korang cubalah, aku dah.... berjaya pon :)




No comments:

Post a Comment