Friday, October 16, 2015

Nasihat Ulamak 2016

Selama 1 minggu Matvet di Markas Tabligh Dunia..

Banyak Nasihat telah dengar dan sekarang perlu terjemahkan kpd Amal..

InsyaALLAH Matvet akan sikit2 message Nasihat tersebut.

1) Mengenai ENAM SIFAT.

Maulana Muhammad Saad Kandahlawi dalam Bayan Hidayat kpd Ahli Mesyuarat Malaysia pada 13hbOkt2015 diNizamuddin berkata

bahawa ENAM SIFAT bukan hanya sekadar muzakarah sifat tetapi ia adalah

"faraid" atau fardhu keatas setiap org islam untuk mengusahakannya.

Usaha atas kalimah adalah menjadi fardhu kepada setiap orang islam,

Solah adalah fadhu kpd setiap org islam untuk menunaikannya.

Menuntut ilmu adalah fardhu ain bagi setiap org islam,

Menunaikan hak hamba hamba Allah adalah fardhu keatas orang islam,

Ikhlas atau membetulkan amalan bagi setiap orang islam adalah fardhu begitu juga Khurouj fisabillillah

adalah menjadi kefardhuan besar bagi setiap orang islam.

Hari ini kata Maulana Saad muzakarah Enam Sifat sebagai adat saja tanpa menitek beratkan kefarduannya.

Oleh itu ramai yg telah membuat usaha agama bertahun tahun hakikat Keenam Enam Sifat belum menjadi darah daging.

Kita mengucap kalimah tetapi tidak boleh melepaskan perkara yang haram,

Solat kita tidak boleh mencegah pasad dan mungkar,

Zikir lalai,

Ilmu yg kita tahu tidak dapat kita amal,

Hak hak manusia tidak dapat ditunaikan,

Amalan masih ada riak dan Khurouj tidak dapat beristiqamah.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment