Friday, October 16, 2015

Bayan Nasihat Mesyuarat MSaad 2015



Bayan Nasihat Maulana Muhammad Saad(Mesyuarat Malaysia 2015 -12/10/2015)
Terjemahan Ustaz Azim

Sebelum Allah swt pilih seseorang utk jadi utusan Allah, dia akan datangkan ujian. Ujian demi ujian akan dtg pada dia. Jika dia lulus barulah dia akan dipilih untuk buat usaha agama. Inilah imtihan yg Allah berikan pada para nabi dan rasul. Setelah mereka lulus barulah mereka diangkat jadi rasul. Sepertimana seorang pekerja apabila dia hendak mendapat kerja, dia haruslah menjalani temuduga terlebih dahulu, diuji dgn soalan-soalan. Jika dia lulus barulah dia diambil bekerja. Seperti mana Allah swt uji nabi Ibrahim a.s utk korbankan anak yg dia sayang, bila Nabi Ibrahim a.s lulus ujian itu, barulah Allah terima Nabi Ibrahim a.s sebagai rasul. Maksud ayat Quran 'inni jailu..' bukan setakat diangkat jadi imam, tetapi dipilih jadi khalifah dan menjadi ikutan sekalian manusia. Di masa kini, kita anggap usaha agama ini hanyalah dengan menghadiri mesyuarat, ghast, jaulah, amal masjid sahaja. Tetapi usaha agama ini sebenarnya lebih besar dari itu. Usaha ini adalah menghidupkan 100% sunnah nabi saw dalam kehidupan. Kita jadikan ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak,makan, minum kita sebagai ikutan sekalian manusia seluruh alam. Allah swt tidak terima seseorang berdasarkan kepandaian, kelebihan, kebolehan seseorang. Tetapi Allah terima seseorang atas sifat qobuliyat yg ada dalam diri seseorang. Jadi setiap orang harus periksa apakah sifat qobuliyat ini dalam dalam diri kita atau tidak. Sifat qobuliyat inilah yg perlu diusahakan agar wujud dalam diri kita.

Maulana Ilyas rah.a kata maksud daripada usaha ini ialah dapat menghidupkan seluruh sunnah Nabi Saw dalam kehidupan kita. Kita hendaklah melakukan usaha agama ini berdasarkan seluruh sunnah Nabi saw. Bawa sunnah Nabi saw dalam seluruh kehidupan kita. Mafhum hadis, 'jika kamu ikut nabi, kamu akan dapat hidayat'. Jika kita tidak bawa sunnah nabi dalam usaha agama, kita sendiri tidak akan dapat hidayat. Org yang tidak dapat hidayat, mana mungkin dia akan jadi asbab hidayat pada orang lain? Hari ini kita seolah olah faham bahawa usaha ini dibuat ikut peraturan ini dan ini, tertib itu dan ini sahaja. Padahal usul dan tertib usaha ini adalah seluruh kehidupan Nabi saw. Satu masalah di Malaysia ialah kita tidak buat usaha ini secara umumiyat. Nabi Saw jadikan usaha ini begitu umumiyat sehingga semua golongan Nabi saw jumpa dan dakwahkan. Samada petani, pekebun, peniaga, org kaya, org miskin. Dalam satu safar, ada org nasihatkan pada Nabi saw jangan guna lorong ini kerana di lorong ini ada perompak. Pakailah lorong sana. Nabi saw pakai juga lorong tadi kerana Nabi saw hendak jumpa dan sampaikan agama pada perompak. Perompak dan penjahat pun Nabi saw jumpa dan tidak tinggalkan. Masalah kamu di Malaysia ialah kamu buat usaha ikut kelesaan kamu. Nak keluar tempat selesa, keluar tempat org ikram banyak, tempat org suka dan terima jemaah sahaja. Ini bukan umumiyat. Kerana itu kami melarang buat jord, himpunan, program dikalangan golongan tertentu sahaja. Ada jord org kaya, ada jord utk alim sahaja, ada jord utk rakan seusaha sahaja. Umat ini telah lama berpecah belah dgn kedudukan, jawatan, jenis pekerjaan. Kita buat usaha yang menyatukan umat. Umumkan usaha ini. Usaha ini milik semua umat Islam.

2 sifat yang mesti ada pada setiap daie supaya diterima oleh Allah.
i) sifat rendah diri dan tawadhu.
ii) sifat sabar dan tahan menerima ujian (samada ujian dari rakan seusaha ataupun org lain)

Dengan 2 sifat ini, barulah Allah akan ambil usaha daripada dia. Siapa tak ada sifat ini, Allah tak akan ambil kerja dari dia. Setiap kali kita rasa sedih dan tak tahan dgn ujian yg Allah berikan, kita bandingkan ujian yg kita dpt dgn ujian yg telah diterima oleh nabi Saw. Dgn meilhat ujian Nabi saw, kita akan rasa ujian kita ini kecil dan tak ada apa-apa jika dibandingkan dgn ujian Nabi saw. Dari situ kita akan mula belajar menerima dan mula gembira dgn ujian yg Allah beri pada kita. Menjadi kefardhuan utk seorang Islam menyintai Nabi Saw. Apa yg dibuat oleh nabi kita kena ikut. Apa yg Allah uji pada Nabi saw kita kena contohi. Semua yg ada pada diri Nabi saw harus kita sukai termasuklah ujian yg dtg pada Nabi saw seperti bersabar atas segala kesusahan dan ujian. Seorang yahudi telah baca kitab lama dan baca sifat sifat yg ada pada seorang nabi dan dia dapati semua ciri ciri Nabi ada pada Nabi saw. Cuma dia tak tahu samada ada tak ciri sabar yg ada pada Nabi saw. Maka dia jumpa Nabi saw dan memberi hutang kurma pada Nabi saw sekian byk dan akan dibayar pada sekian tempoh. Sebelum tempoh tamat, yahudi tadi telah jumpa Nabi saw dan dgn kasar telah tarik jubah Nabi saw dan minta Nabi saw bayar balik hutang kurma tadi. Umar r.a yg berada di sebelah Nabi saw menjawab dgn marah dan minta izin dari Nabi saw utk pancung leher org yahudi tadi. Nabi saw larang umar buat demikian dan telah minta Umar r.a bayar balik semua hutang kurma tadi dan ditambahkan dgn 2 gantang lagi sebagai tambahan. Bila yahudi tadi terima balik hutang kurma itu beserta dgn lebihan 2 gantang, maka dia telah tanya pada Nabi saw kenapa bayar lebih 2 gantang? Maka Nabi kata semua ini bayaran hutang kurma kamu dan lebihan 2 gantang itu sebagai bayaran kerana kamu telah rasa takut atas ugutan Umar r.a. Yahudi tadi terkejut dgn sifat Nabi saw. Dia mula menyatakan tujuan dia berbuat demikian hanyalah kerana ingin mengesahkan ciri ciri seorang Nabi. Ternyata Nabi saw mempunyai sifat seorg Nabi. Kemudian dia minta tangan Nabi saw dan mula ucap syahadah dan masuk Islam. Allah akan menerima kita jika kita mempunyai sifat sabar dan tahamul. Sekarang ini kita baik dgn rakan seusaha tetapi jahat dgn orang lain. Sepatutnya dgn rakan seusaha kita kawal dan tegur mereka dan kita bersifat ehsan dengan orang lain. Kita sekarang dgn org kafir baik, dgn orang Islam kita jahat. Sepatutnya kita tegas dgn org kafir, dgn orang Islam kita berlemah lembut. Nabi saw balas keburukan dgn kebaikan.

Sifat lemah lembut yang ada pada Nabi saw merupakan rahmat seluruh alam. Sifat ini perlu wujud dalam diri setiap daie. Usaha dan tanggungjawab ini sesuatu yang besar, namun begitu kita kena rasa kecil dan rasa tak ada apa-apa pada diri kita. Untuk perkara seperti ini, Allah telah kata pada Nabi saw, "hendaklah kamu bersikap lemah lembut, jika tidak mereka akan lari daripada kamu". 'mereka' dalam ayat ini merujuk kepada para sahabat r.hum. Sahabat merupakan mereka yg sanggup korban nyawa untuk Nabi saw. Meskipun begitu, Allah suruh Nabi saw berlemah lembut terhadap mereka. Apatah lagi kita di zaman sekarang keadaan manusia yg jauh dari sahabat, seharusnya kita lebih lembut lagi pada org Islam, dan tegas pada org kafir.

Sifat seterusnya yg perlu ada ialah sifat pemaaf. Kita hendaklah sentiasa memaafkan kesalahan dan kesilapan orang terhadap kita. Maafkanlah rakan seusaha kita. Lupakanlah segala kesalahan dia dan jangan dipedulikan lagi kesalahan dia. Abaikan sama sekali. Bahkan, kita haruslah menutup kesalahan yg telah dia lakukan. Dengan buat perkara ini, barulah kesalahan dia akan hilang. Umar r.a kata cara untuk hentikan kebathilan adalah dengan menghentikan cerita bathil tersebut. Zaman sekarang, bila ada orang buat salah, kita telah jadikan kesalahan dia sabagai bahan cerita. Kita muzakarahkan kesalahan dia. Ini adalah kesalahan yg besar. Sepatutnya kita harus segera menutup kesalahan dia dan segera mencari kebaikan dia. Sifat tutupkan aib orang ini perlu ada pada setiap daie.

Seorang sahabat mengaku zina depan Nabi saw. Nabi saw palingkan wajah baginda. Berkali kali sahabat itu mengaku kesalahan dia depan Nabi saw dan berkali kali juga Nabi saw palingkan wajah baginda. Nabi dengan segera hendak tutupkan aib dia. Semasa Umar r.a bermesyuarat dgn para sahabat, ada seorang telah kentut. Umar r.a begitu marah dan kata, 'siapa yg kentut tadi? Bangun dan pergi ambil wudhu sekarang!' umar r.a berkali kali ulang perintah tersebut. Jabir r.a berbisik di sebelah Umar r.a, "wahai Umar, kalau kamu suruh dia ambil wudhu, dia akan malu. Pasti semua org mengenali dia, dan dia akan malu. Saya syorkan kamu suruh semua org ambil wudhu termasuk kita dgn itu dia akan terselamat dari malu." umar memuji syor Jabir r.a itu dan perintahkan semua org ambil wudhu. Suatu ketika ketika Nabi saw hendak mandikan jenazah, maka Umar r.a telah larang Nabi saw utk jadi imam pada solat jenazah itu kerana jenazah itu seorang yg jahat. Nabi saw telah tanya pada sahabat yg lain, "pernah kamu semua lihat jenazah ini buat apa-apa kebaikan sepanjang hidupnya?" maka seorg sahabat menjawab bahawa lelaki itu pernah mengawal keselamatan jemaah sepanjang malam dalam satu safar. Maka Nabi saw kata pada Umar r.a, "mata yg berjaga malam di jalan Allah, maka Allah haramkan api neraka ke atasnya. Wahai Umar, org yg api neraka diharamkan ke atasnya, kenapa kamu memandai mandai tentukan hukum utk dia?". Nabi saw palingkan wajah ke arah jenazah dan mula takbir. Semua para sahabat ada sifat utk menutup aib seseorang dan memaafkan kesalahan seseorang.

Walaupun usaha ini besar, kita tetap kena rasa kita ni kecil. Sewaktu Abu Bakar r.a diangkat jadi khalifah, seorang anak kecil telah kata, "dulu Abu Bakar selalu memerah susu untuk kami, skrg dia sudah jadi khalifah adakah dia ada masa utk perah susu utk kami?" Abu Bakar r.a dengar keluhan anak ini dan kata, "kekhalifahan ini tidak akan ubah sifat aku. Aku akan terus memerah susu untuk kamu wahai anak kecil" Jadi tuan-tuan yg mulia, tutuplah aib mereka yg buat kesalahan. Kita maafkanlah mereka. Ini adalah usul dalam usaha ini.

Sifat seterusnya yg perlu ada ialah melihat kebaikan dan kebolehan pada seseorang. Dan kita gunakan sifat yg ada pada mereka untuk majukan mereka dalam agama. Sifat ini penting utk usaha ini. Nabi saw nampak Umar r.a dan Abu Jahal ada kebolehan tapi mereka gunakan untuk perkara bathil. Maka Nabi saw doakan samada Umar atau Abu Jahal diberi hidayah agar kebolehan mereka digunakan utk agama. Sebab itu penting k

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment