Wednesday, June 12, 2013

Kerja-Kerja

Assalamua'laikum wbh dan Salam sejahtera semua

Hari ini hari Jumaat dan biasalah bagi kerja makan gaji semangat kerja tuh slow sikit dan mana2 kerja yg tak urgent tuh tangguh dulok (bahasa Sarawak) untuk minggu depan dan begitulah selanjutnya.
Untuk makluman, kalau nak diikutkan kerja sampai matipun tak abis.

"Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun",
Terlebih dulu minta maaf kerana aku tak pasti samada ia hadis ataupun kata2 hikmat dari ulama2 terdalulu....tapi kalau hadis maka makna lebih kurang macam tuh la.

Kat sini aku just nak bagitau kat korang yang kerja2 kita telah menyebabkan lupa amal ibadat...(aku la tuh), apasal plak yer....dulu org kata 50 dunia 50 akhirat.....fulamak nak jadi ostat plak dah.

Apapun aku nak citer pasal kerja2 peringkat atasan. Yer la baru2 Dato Najib dh umumkan senarai nama Menteri Kabinet iaitu pada 13hb kalau tak silap aku la. Semuanya full Menteri 32 orang. Tolak PM dan TPM jadi 30 orang, lepas tuh tolak 3 Menteri yg dari senator 3 orang maka jadi 27 orang.

Yg baguih nie wakil Menteri dari Sabah 6 orang dan Swak 6 orang maka jadi 12 orang. So dari Semenanjung jumlahnya cuma 15 orang sahja. So 15 Semenajung dan 12 Sawak/Sabah. Aku bukan nak cakaplah...pembahagian Menteri Kabinet nie aku tak brapa puas ati skit. Apsalah bagi kat Sabah dn Swak smpai 12 post. Kalau nak di comparekan....kat Semanjung nie ramai gak calon2 yg bleh diketengahkan.


Hari ini aku nak pi Kuala Terengganu...outstation. Lama gak aku tak kaur sejak pindah pejabat baru ini. Maklumlah teramat sebok ambil alih tempat Pegawai yang dah pencen. Hari sempat jugak aku lari pi Pejabat Tanah nak tanya pasal transfer title tanah atas nama aku dan nama arwah bini aku. Apapun nanti aku update maklumat lain yang perlu. Sekian adios.


Yg Benar,

Aliff Ahmad
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment