Hakikatnya aku dan semua makhluk yang bernyawa di dunia ini akhirnya jua nanti akan merasai maut dan kembali kepada Allah swt yg Maha Berkuasa. Bila dan dimana kita semua tak tau....hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.
Baru2 nie jua negara kita baru jer abis PRU 13 yg jatuh 5hb Mei yang lepas. Barisan Nasional (BN) telah menang dgn majoriti mudah sebanyak 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 89 kerusi.
Nampaknya BN telah hilang banyak kerusi akibat dari pengundi2 Cina yang banyak mengundi parti DAP dari undi MCA. Boleh aku katakan hampir 90% orang2 Cina ngundi DAP dan nampak jelas dari kawasan2 yg majoriti kaum Cina semuanya berpihak kepada DAP.
Manakala kawasan2 yang majoriti Melayu pulak rata2 persaingan sengit berlaku antra calon2 sama ada dari UMNO dan PAS dan/atau PKR. So....kalau aku boleh simpulkan org2 Melayu terbahagi 2 golongan satu golongan dengan Janji Ditepati sementara lagi satu dengan slogan Ubah Ini Kalilah.
Duduk2 sorang aku sedih gak....orang Melayu dah berpecah belah. Satu golongan kutuk, hina golongan yang lain dan begitu juga sebaliknya. Rasanya aku tak nak lah nak ulas mana yang benar mana yang betul. Off course lah masing2 ada matlamat, pendirian dan perjuangan tersendiri kalau nak berdebatpun aku rasanya tak ada titik noktah. Akhirnya maka timbul dan wujudlah bibit2 kebencian dan hina menghina antara orang2 Melayu dan Islam.
Paling menarik perebutan kerusi Parlimen antara Tan Sri Isa Samat mantan Menteri Besar Negeri Sembilan antara Aisyah mantan penyanyi popular sewaktu ketika dulu di zaman tahun 8o an. Akhirnya Janji Manismu kalah dengan Janji Ditepati.
Aku masih ingat masa kami sekeluarga di Sarawak, ada juga aku bagitau kat arwah isteri aku...kalau pilihanraya nanti kami sekeluarga akan balik Semenanjung utk mengundi, masa tuh arwah isteriku mula sakit2 dan respon diapun tak lah beria sangat. Selalunya pantang diajak balik kampung isteri akulah org yang paling ceria dan bersemangat nak balik kampung...tapi masa dia sakit tuh semua semangat dan nafsunya hilang dan tak bermaya.
Apapun 10 bulan sebelum kematian, dia ada tulis nota wasiat untuk aku. Kandungan wasiat arwah aku rasa tak salah aku kongsi sama korang....sebab wasiat yang arwah telah tulis tuhpun very genaral dan kalau sapa2 boleh gak buat macam tuh. Kami sekeluarga tak ada lah kaya raya sangat dan harta pun bukan lah banyak sanagat...akan tetapi aku harap nanti anak2 aku dh besar dia akan paham dan sedar betapa sayangnya Mama diorang kepada mereka. Satu lagi...wasiat ini adalah berkaitan dengan diri sendiri....contoh nya macam rumah, kereta, tanah dan lain aset milik kita untuk kita wasiatkan pada orang yang hidup nanti. So korang bolehlah baca dan kalau nak komen adalah dialu-alukan.
So apapun selamat malam dan sampai kita berjumpa lagi.
Adios.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.