Sunday, January 19, 2014

Amalan Mudah Byk Kelebihan

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh
Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM.

Untuk Ibu Kita dan atau Kita Sebagai Ibu.

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi
ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi air mata
ibu jatuh.

Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.

1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2. Membaca quran sehingga menitis air mata.
3. Memandang wajah ibu yg sedang tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita wajar tengok dan selalu pandang dalam
hidup, khusunya tengok masa tidur!

1. Anak.
2. Ibu.
3. Suami

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya
takkan menangis di hari kematian ibunya.... Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah
ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk
untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab doa. Maka lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan kepada ibumu.

Ketahuilah barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas
sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira
dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia
tak pernah menderhaka.

Maksudnya jika ibu masih hidup
atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang
hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih
hidup.

Jika ibu kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk mereka, bila ibu kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.

Jangan kurangkan peruntukkan!!

"Ya Allah, aku
sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini
sampai kepada ibuku".

Itu yang yang buat ibu kita bahagia
di sana.
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu, insyaAllah jadi mudah nak bersedekah.

Jika Allah panjangkanlah usia ibu bapa dalam keadaan dia sakit atau nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya.

Ini bukan bermaksud doa minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga.

Jadi kalau ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa
kita. Teramat besar pahalanya.

Sent from Yahoo Mail on Android

No comments:

Post a Comment