السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARI INI (Isnin, 14 Jdl. Akhir 1435H) Dalil yang menunjukkan diperbolehkan bertawassul dalam berdo’a diantaranya adalah firman Allah dalam al qur’an; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Berasal dari perkataan Arab وسيلة (wasiilah: perantara). Tawassala-yatawassalu-tawassulan. Iaitu menjadikan sesuatu sebagai perantara ketika kita berdoa. Kita tetap meminta kepada Allah, tetapi kita meletakkan perantara di tengah sebagai penguat permintaan tersebut. Tawassul terbahagi kepada dua, iaitu; PENCERAHAN : 2) Bertawassul dengan orang saleh yang masih hidup. Iaitu berjumpa dengan orang-orang saleh yang amal ibadatnya bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, para ulama dan sesiapa sahaja orang saleh yang masih hidup adalah melalui doanya, bukan melalui jasadnya. (Syaikh Ibnu Taimiyah) Setelah kewafatan Nabi SAW, Umar Al-Khatthab r.a pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dengan Umar menyatakan bahawasanya “Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia di kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami.” (HR: Bukhari) Begitu juga dalam peristiwa Uwais Al-Qarni. عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ي َقُولُ إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ 3) Bertawassul dengan amalan saleh yang dilakukan. Tawassul Yang Mamnu' (dilarang) Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati. Termasuk seruan kepada Nabi SAW yang telah wafat. Berdalilkan hadis-hadis dha’if dan tidak membawa pengertian bahawa Nabi SAW pernah bertawassul dengan Nabi-nabi yang telah wafat sebelumnya. Syaikh Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari dalam kitabnya, Al-Tawassul Baina Masyru’i wal Mamnu’. Beliau membahaskan secara terperinci larangan tersebut. Contohnya, menyeru “Berkat arwah Syaikh fulan bin fulan…” KESIMPULAN : |
Sunday, April 13, 2014
Tawasul
Wednesday, April 9, 2014
Tentang Lelaki
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARI INI (Rabu, 9 Jdl. Akhir 1435H) Lelaki mengikut definisi ulama; Seseorang manusia yang melepasi tahap baligh dan mumaiyiz. Definisi ini tidak digunakan dalam perbahasan mirath (harta perwarisan) yang tidak membezakan antara dewasa atau kanak-kanak. PENCERAHAN : LELAKI YANG SOLEH : Rasulullah SAW bersabda : LELAKI YANG BAIK : KESIMPULAN : |
Tuesday, April 8, 2014
Kelebihan disebalik Kekurangan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARI INI (Selasa, 8 Jdl. Akhir 1435H) Rasulullah SAW pernah bersabda; “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim) “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah) PENCERAHAN : Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu. Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul. Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi. KELEBIHAN WANITA DI SEBALIK KEKURANGANNYA: KESIMPULAN : Mudir Ar Rashid Al Baghdadi |
Kelebihan Cium
Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA*** i) Fadhilat Cium Anak ii) Fadhilat Cium suami iii) Fadilat mencium isteri Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri. |
Monday, February 24, 2014
Kelebihan Seorang Wanita
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana 4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan |
Saturday, February 1, 2014
Sepetang Ziarah Kubor
Salam, Bersama-sama anak2 ke kobor Mama deme di Manjung. Untuk kenangan dan ingatan yang kita pasti akan ke sana jua. Aliff & Sons |
Friday, January 31, 2014
Ingat Mati Dunia Tak Ada Erti Akhirat Kekal Abadi ~ Ena Dalam Kenangan 1 Tahun Kembali Mengadap Illahi
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Ya Allah, ya Tuhan ku, Di hari Jumaat yang mulia ini , ku bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada hambamu ini supaya dapat memperbaiki diri ku , tambahkanlah ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal. Ya Allah ampunilah dosa-dosa yang telah ku lakukan samaada secara sengaja atau tak sengaja, secara sedar ataupun tidak dan secara terang maupun sembunyi-sembunyi. Ya Allah ampunilah dosa mereka yg telah kembali ke hadratmu khususnya istri tecinta dan ayahanda semoga mereka Kau tempatkan dalam kalangan orang yang kau redhai dan selamatkan dari azab pedih. يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. {رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. |

