Thursday, October 6, 2011

Holiday at Bandung Indonesia

Salam Ouls... :)

Mungkin dah agak basi untuk aku nak bagitahu tapi on 23-27/9/2011 aku ngan family aku gi holiday ke Bandung Indonesia. Banyak sebenarnya aku nak citer dan nak uploads pics tapi entah macamana la kan macam payah benor... ke aku yang tak pandai nak uploads kan?

Takpe-takpe... janji ader gak pics kan dari takde langsung... son this is a few picture yang tour guide kami amikkan during our vacation there. Happy viewing peeps!!!!












Kat belakang tu Kawah Ratu, kat sini bau belerang kuat sangat. Ni kat salah satu kawah yang ader kat Tangkuban Parahu. Nampak je macam panas tapi actually sejuk berangin kat atas gunung tuh. Kat atas tu bersepah orang jual buah strawberry. Sedap tau manis-manis kalah strawberry kat Cameron Highlands. Aku beli R40,000 dapat 3 peket trus makan kat situ gak dalam berjalan-jalan mendaki gunung tuh.

Kedai-kedai pun banyak kat situ, memacam boleh beli aihh takut korang tak tahan sebab depa hurung kita selagi kita tak beli. Kesian dengan kehidupan dorang. Sanggup jual apa sahaja demi mencari duit.... tersedar aku sejenak bila fikirkan betapa beruntung aku jadi 'Anak Malaysia'.



Haah.... ni kat Main Enterance, bergambar la buat kenangan kan... Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu - lagenda mengatakan si anak bercinta ngan mak kandung sendiri sebab tak tahu tu mak dia... mak dia awet muda.





Ni pun ader hati hubby aku ajak pegi lagi tak puas berjalan katanya. Aku cakap nanti-nanti la bagi anak besar sket bleh aku guna kudrat depa bertiga angkat plastik shopping bag aku nanti. Penat pun tak abis lagi nih....

Kalau korang rasa nak berniaga dan nak amik stok barang harga borong datang la sini. Aku pon sama gak macam orang gila bila pi Pasar Besar (kalau tak silap aku).... memborong telekung je dah 2 dozen, kain japanese cotton 1/2 dozen (utk adik2 pompuan aku la bagi survenir kat depa).... blouse lagi, t-shirt lagi.

Gi Toko 3 beli jeans, original jeans tu beb! Aku just beli 3 pasang jeans jer dan hubby beli 2 pasang. Then lari pi Rumah Moda..... perghhh, barangan kulit tu beb.... Channel, Coach, Gucci.. semua brand ader. Aku just beli 2 psg kasut kulit (nak wat pakai kerja) dan 1 handbag Coach... buat kenang-kenangan.

Lagi satu kami naik kuda tau. Nanti aku update lain dalam column yang lain okey. Gi Factory Outlets. Singgah Hollywood Trans Studio Bandung... R200,000 satu kepala beb!

Beli jugak la baju anak-anak, oil painting pictures (3 keping baru R150,000 jer). Murah tu, kalo kat Malaysia beratus beribu rege nyer.... semalam baru hubby aku dril dinding dan gantung oil painting tu (busy katanya...alasan).

Dari 1 luggage jadi 4 luggage tu termasuk 1 darinya baju kotor yang lain semua barang shopping. Nasib hubby bayar luggage fees lebih sket kalo tak sakit gak nak bayar kat airport nanti. Bag kendong tiap sorang yang tu bawak atas flight la kendong sendiri....

Banyak nak citer tapi cukup la dulu. Kalo nak tahu lebih lanjut baik korang pi sendiri.... experience it by your ownself!


Bye peeps!!!

















Monday, October 3, 2011

Duit Faraid arwah my FIL

Hi ouls...

Akhirnya settle gak urusan pengeluaran wang arwah ayah mertua aku setelah 8 tahun di usahakan. Seusia ngan tempoh perkahwinan aku dan sampai dapat anak 3 la... betapa teruknya nak keluarkan duit arwah ayah dr KWAP.... ni la padahnya apabila mati tidak meletakkan sebarang penama.

Dengan terjadinya masalah ni aku pon terus sound hubby aku suh letak siap-siap nama aku pada setiap harta benda simpanan wang segalanyalah termasuk insuran,wang simpanan supaya tidak menyusahkan orang di dunia nanti. Bukan la aku nak minta hubby aku mati cepat tapi itulah kebenarannya. Sapa yang tak tahu dan tak pernah menempuh permasalahan ini tolong jangan sesedap mulut nak mengata aku hokeyy..... lu kena sendiri baru lu tau... cakap manyak pon tarak guna!!

Dapat lah my MIL merasa duit arwah ayah tapi dlm RM80K tu kena bedak-bedak utk 13 org mengikut hukum faraid. Dapat la arwah mak ayah stil hidup lagi so, Tok Lijah dapat RM13K, my MIL dapat la RM10K, anak-anak lelaki dkt RM7K(portion hubby aku) dan anak pompuan separuh dari jumlah anak lelaki. So, korang calculate sendiri la. Dari jumlah RM80K tu we all setuju amik 10% setiap seorg untuk buatkan wakaf bagi arwah ayah mertuaku.

So, hubby aku yg bertanggungjawab melaksanakan tugasan ini. So, untuk buat wakaf tu hubby aku bahagikan kepada 3 portion. Satu portion bagi kat abah aku sebab surau depan rumah mak abah aku tengah nak naik Sekolah Agama Rakyat. Satu portion lagi aku bagi kat mak angkat aku di Lekir sebab di kampung mak angkat aku tuh dia jadi wakil untuk cari sesapa saja yang berniat nak berbuat wakaf. Duit tu tujuannya untuk membeli sebidang tanah bagi pembinaan masjid di kampung tu. Dan satu lagi portion tu hubby aku buat wakaf di Taman perumahan aku di Bandar Parklands bagi tujuan pembinaan surau. Mudahan-mudahan roh arwah ayah mertuaku sentiasa diberi keberkatan. Besar harapan agar berterusan pahala dengan wakaf yang dilakukan ini.... insya Allah.

So, semua orang jadi OKB la kan..... ye la, Orang Kaya Baru dpt duit bonus!!! My MIL terus ajak aku tempah langsir baru, beli perkakasan elektrik, perabot baru. Lebihan duit kami repair rumah my MIL pasang kipas 2 kat hall dan sebagainya. Ni ader lagi RM13K yang nak di tuntut lagi ni. Duit yang dapat ni nanti kami nak masukkan dalam akaun Tabung Haji buat tokok tambah duit MIL yang memang dah ader dalam buku.

Plannya my MIL, hubby aku dan aku nak pi perfom hajj thru pakej je la, nak tunggu turn panggil thru LUTH lambat sgtkan. Kita ni makin hari makin tua banyak penyakitnya. So, nak cepat pakai je la Haji Pakej. Doa-doakanlah aku dapat pi cepat memandangkan aku ni pon kesihatan tak begitu baik. Aku ni berpenyakit.... sedih, huk huk huk.

Ok la, nanti citer lain :)

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan dah....

Terasa lama benar aku dah tak menulis kat sini. Bukan apa, aku agak sibuk sikit dengan persiapan nak menghadapi Ramadhan (dah masuk minggu kedua pun kita berpuasa). Dengan tugas-tugas di ofis, tetiba plak banyak court case semuanya nak kena settlekan sebelum raya. IP (investigation paper) korang jangan citer la, hari-hari masuk dari setiap wilayah...... Harap-harap tahun ni takde lah kes Feri/Bot karam melibatkan kehilangan nyawa.

Kalau tak mau bersilat jugak bos aku merangkap satu-satunya peguam yang ader kat Jabatan Laut Malaysia ni dan hubby aku (kalau kemalangan bot/feri berlaku di area Selangor). Teruk hubby aku nak kena buat investigation selain polis, APMM dan jabatan lain yang berkaitan.

Jemputan berbuka puasa tu memang la banyak diterima daripada Shipping & Forwarding Company, tapi nak pergi tu kesian la plak nak tinggalkan anak-anak. Nak bawak dorang sekali? Kus semangat.... takpe la lain tahun aku bawak, tak sanggup mak noks.... tak dapat berbuka dibuatnya nanti. Dorang suka berlari merata buatnya terlanggar hidangan buffet ke apa ke... tak malu aku dibuatnya nanti? Err, ramai bos-bos aku turun tengok kelincahan anak-anak aku, baik tak payah.....

Tapi takpe, hujung minggu ni hubby aku dapat jemputan berbuka puasa di Avillion Port Dickson. Siangnya tu hubby aku kena buat Vessel Survey then malam tu berbuka puasa lah. Penginapan 2 hari 1 malam di Avillion Port Dickson.... aku suka hotel ni, best sangat-sangat.

Sebab theme/design hotel ni berkonsepkan Bali Style, semua antic furniture.... paling murah pun room rate kat sini RM500++. Dalam bilik siap ader swimming pool. So aku takyah susah-susah nak bawak my kids mandi kat luar. Mandi je kat dalam bilik.... Besar biliknya, aku ingat lagi, last aku stay time pregnant kan my second son, si Hakim.

Hubby aku cam tau-tau je taste aku... ekekekekeh, TQ bang... really appreciate it. Pastu bila buka je pintu bilik terus nampak beach.... cantik korang. Kalo berkesempatan dan teringat nanti aku amik pics yer....

Oklah, nak sambung balik prepare IP. Petang ni Majlis Berbuka Puasa di Kuarters Jabatan Laut Wilayah Tengah, ni under Datuk & Datin nyer budget.... semua staff dijemput hadir berbuka puasa dan berterawih berjemaah bersama. Malangnya aku tak pergi just my hubby alone. Malas la aku nak pergi.... nanti penat aku dengan anak-anak lagi. Hubby aku confirmnya duduk semeja ngan bos-bos yang lain. Tinggal aku sorang nak jaga anak-anak.... mintak mahap le yer.... moh je le kita berbuka di rumah ye anak-anak ku sekalian selagi hangpa tak matang sepenuhnya..... hihihih

Ok, adios!!!

Wednesday, August 3, 2011

Penangan Order Biskut Raya!!!

Hi Semua....

Kali ni aku nak citer pasal biskut raya. Maklumlah kan bulan puasa ni sibuklah kaum-kaum Hawa ni nak tunjuk skil dengan persiapan nak buat atau paling mudah beli je biskut tunjuk-tunjuk ni. Tapi awas ok!! Jangan seronok sangat merasa setiap biskut pastu bila dah berkenan trus je order, tanpa disedari bila di congak-congak balik.... udah BURST BUDGET!!!



Sample biskut raya beserta order form lagik!!




Dah banyak case yang aku dah tengok ngan mata kepala aku sendiri dan aku sendiri pun tak terlepas daripada melalui fasa membeli biskut tunjuk-tunjuk nih! Sudahnya dah order takkan nak cancel... (tak malu ke nak cancel last minute) nak tak nak terpaksa la bayar dengan kata lain 'terpaksa rela'.



Beraneka pilihan biskut raya.




Dengan nak prepare duit raya anak, untuk mak abah adik-adik, anak sedara & sedara mara di kampung. Yelah kan... balik setahun sekali takkan korang tak nak menghulur sikit duit pada diorang ni? Pada diorang kita ni kononnya duit dah melimpah-ruah, kaya la konon! Padahal kadang tu bajet ngam-ngam jer kan.... sapa tau masalah dalaman kita? Takkan nak citer kat orang luar.... gilo apo??

Bercakap pasal biskut raya atau biskut tunjuk-tunjuk ni... ni sebahagian dari sample yang diorang dok hantar kat Unit aku, dua-dua bos aku beli tapi aku tak sebab aku plan dan berazam tahun ni nak buat 'Homemade Biscuit' by my ownself!!!



Order jangan tak order!!




Yelah, hubby aku dah ikutkan kehendak aku nak beli memacam perkakasan untuk membuat biskut raya termasuklah Microwave Oven dan Hand-Mixer. Bersemangat waja aku nih nak buat biskut. Semalam dah test baked Vanilla Caked. Sekali hadap je kitorang makan time berbuka puasa then sambung lagi makan lepas solat terawih.

Perkakasan Utama Dalam Pembuatan Cakes & Biscuits - LG Microwave Oven & Kenwood Hand Mixer!!



Sejak anak-anak dah pandai mintak memacam nak makan itu ini, aku rasa cam aku dah 'terlebih rajin' dan sentiasa nak search kat Goggle untuk mencari resepi-resepi yang mudah untuk aku cuba di rumah. Tu lah kan, bukan mudah menjadi seorang mommy dan isteri pada masa yang sama kita bekerja. Kena atur betul-betul masa yang ader supaya segalanya 'Perfecto'.... insya Allah.

Jumpa lagi yokk!!

Makan ape yer untuk berbuka puasa.....?

Assalamualaikum!!!!

Lunch time tadi aku kuar sat ngan hubby aku, kami pegi beli barang nak masak untuk berbuka puasa petang ni. Sambil-sambil tuh aku pun beli la 2 ketul Buttercup... konon la malam ni nak baked cake! Mahalnya la hai harga butter seketul mencecah rm4.60/pcs. Patut la biskut raya kat luar sana tuh semua dok pakat naik harga....

So, petang ni untuk Juadah berbuka puasa kami adalah Mee goreng, Kuih Lopeh dan Cempedak Goreng. Jadilah sebab aku berazam tak mau beli kat Bazar Ramadhan tahun ni cuma beli Nasi Kerabu dan Nasi Dagang je. Sebabnya 2 makanan ni aku tak pandai buat/masak.

Untuk sahur plak aku plan nak buat Daging Masak Merah dan nasi putih jer. Pepagi buta sementara nak menunggu subuh mana ada selera nak makan pun kan.... tak tahu la aku kalau ader setengah orang tu sanggup bangun pukul 2-3 pagi masak bagai nak rak, mcm nak makan tengahari pastu tak tidur dah trus solat subuh, trus pi kerja. Ishh.... tak pening ke?

Aku ni bangun sahur pukul 5.00am tapi tak masak pun just 'reheat' kan nasi dan lauk-pauk yang dah siap masak sebelum tidur. Buat air teh atau kopi ke kat hubby pastu siapkan meja, hidang apa yang patut baru aku kejutkan hubby. Buat masa ni itulah rutin aku dalam bulan ramadhan ni juga utk tahun lepas yang sebelumnya.

Kalau ader masa sikit aku baring la sat (tidur-tidur ayam) kat bilik tidur di tingkat bawah tu menanti time solat subuh. Mengantuk memang le mengantuk tapi semua orang pun macam tu kan, bukan tetiap hari pun kita bangun sahur..... sebulan je pun.

Banyak sebenarnya aku nak story tapi nanti-nantilah bila aku kelapangan. Sekarang ni kena sibukkan diri kalau tak cepat benar rasanya lapar, maklum la bulan puasa. Ni pun sebab meja aku dah clear sket baru nampak cam rupa meja, dapatlah aku ber'blogging' jap.

Bye & Wassalam

Monday, August 1, 2011

Hang-Out To UpTown Shah Alam

Hi ouls!!

Sabtu lepas kitorang keluar jalan-jalan ke Shah Alam. Malam la trus gi ke UpTown Shah Alam. Best gilerr janji korang bawak CASH tebal skit lol....

Malam tu aku beli sandal. Actually yang betul nya aku dh beli pun sepasang sandal jenis bersarung time pegi ngan adik aku Baya, tapi tak tahan punya pasal so grab another 1 pcs.... nasib hubby aku layankan ajer kehendak aku tuh.




Biasa jer tapi aku suka sbb bila pkai aku nampak tinggi!!!! Ehehehe....






Suka sebab kasut ni 'floweries'.... yang penting aku suka!!



Untuk anak-anak kitorang belikan tiap seorang kasut sarung NIKE New Edition Grade Super 'AAA'....kira ok skit la dari jual kat pasar malam tuh kan yg dok jerit-jerit pkai mikropon tuh.... 'RM10 satu psg!!!!'

Pastu aku beli sarung bantal jenis kain 'English Cotton Style', aku beli 6 helai jer pun untuk gantikan sarung bantal yang dah lusuh kat rumah tu. Sebelum tuh aku dah beli 3 pasang so dah cukup lah nak cover semua sarung bantal yg dah lapuk dek zaman kat rumah tuh....heheheheh.

Hubby aku?? Sian kat dia tak beli pape.... tapi korang jangan ingat dia tak minat bershopping nih weihhh..... Esoknya kitorang turun shopping plak ke Tesco (beli barang dapur pkai voucher Tesco) pastu lari ke Jusco beli baju raya hubby aku. Haaa.... yang ni nnti aku citer on my next episode. Nantikan!!!!!

Oklah, nak gi solat jap. Berdosa lewatkan time solat nih....bubbaiii!!!!

Majlis Tahlil & Makan di tempat mengaji Iqra'

As-salam semua

Khamis minggu lepas anak aku bagitau yang Ustazah kat tempat mengaji Iqra' dorang nak buat Majlis Tahlil dan makan beramai-ramai sempena nak bulan puasa ni. So, ustazah suruh tapi bukan diwajibkan pun untuk membawa sorang sedikit ehsan berupa makanan seikhlas hati ke tempat mngaji anak-anak aku bagi tujuan tersebut nnti.

Seramai 35 orang kanak-kanak kesemuanya dan aku just bagi Apam Polka-Dot dan Kek Kukus Chocolate je. Itu pun dengar kata ustazahnya tak cukup Apam tu sebab semua kanak-kanak suka instead of makan nasi, bihun atau mee kan. Ingat nak buatkan Dadih sekali tapi tak sempat nak keras anak-anak aku asik buka tutup fridge jer, sudahnya buat makan anak beranak je la....




Close-up Apam Polka-Dot!! Filling strawberi & coklat






Ni sebenarnya kek coklat moist tapi aku letakkan dlm bekas kecil-kecil. Leceh la kalau buat sebiji nak kena potong-potong plak.






2 juadah untuk Majlis malam tuh. Tak cukup rupanya....



Syukur alhamdulillah majlis tu berakhir dengan selamat dan sempurna. Siap bergambar lagi beramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain juga bersama dengan Ustazahnya juga. Ni just sebahagian pics yang aku uploads. Ader byk lagi tapi cukup la tu utk santapan mata.




Beratur nak ambik juadah/makanan








Sebahagian group kanak-kanak lelaki yang mengaji Iqra'








Close-up!!








Di apit oleh Ustazah kiri dan kanan




Lepas ni ustazah cakap nak buat Majlis Hari Raya tapi kali ni parents leh ramai-ramai join. Mesti lagi best!!!