Tuesday, July 19, 2011

Terkenang Semasa Dulu-dulu......

Bhahahahah.....

Tak sangka terjumpa la balik folder pics lama aku dulu time zaman kanak-kanak riang, zaman remaja dan zaman belajar lepasan SPM. Jom kita layanzzzz...........

Tahun 1988

Ni aku di Standard 6 di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung kelas 6M... ekekekeh, pendeknya rambut aku ala-ala tomboi gitu...



Tahun 1993


Ni time Form 5 kat Sekolah Menengah Convent kelas 5 Lily. Waktu ni lepas habis wat persembahan Koir, dulu aku aktif tau....



Tahun 1995

Ni plak time kat Institut Perdagangan Mara (IPM) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Cuba carik mana satu aku.... heheheheh


Perghh.... dulu menten je slim la ni bagai di pam-pam, bahagia le katakan... ke kuat melantak tak berenti tang mulut tuh? Eehhhh..... ader aku kesah ke korang nak kata aku kan.... tak mintak beras kat korang ponnnnn.....

See in next post entry!!!

Monday, July 18, 2011

Saja - Saja @ Suka - Suki....

Malam ni bermulalah kehidupanku selama sehari sebagai ibu tunggal (bukan janda/balu tau) menguruskan anak-anak dan sebagainya sebab hubby ku OUT-STATION!! Huhuhuh....sedih tau, my assistant takde nak menolong den....

Balik ni nanti kena rushing masak utk mkn mlm dorg, pastu mandikan dorg dan ajar mengaji IQRA' sebelum dorg gi mengaji sebab semalam Hakim tak ubah, Danish je ubah.... udah le bising menangis semalam sebab memang aku tak sempat nak ajar, tiba kat rumah semalam pon dah dekat pukul 7pm gara-gara ke Jusco membeli baju raya dorg bertiga.

Nanti aku citer pasal bab beli baju raya for next post! Apa yang pasti tepat je jam 8.30pm memang aku kena layan my feveret story citer Korea - Personal Taste. Aku suka citer ni sebab tak berat otak nak memikiorkan apa yg bakal terjadi selepas satu episod ke episod yg seterusnya.











Sebelum tu aku layan citer Korea gak All Man Are Brothers. Perjuangan pegawai kerajaan yang telus tapi dianiayai oleh pegawai yg tidak jujur, tamak haloba, gila kuasa, rasuah (e'ehh.... ader tak korang rasa yg citer ni lebih kurang cam budaya dlm politik kat negara kita sekarang? Aku tanya je tau bukan menuduh ok.....)











Pape pon tepuk dada tanya selera.... yang baik kita sokong yang tak betul kita jangan join malah kita berdoa agar terbuka hati-hati mereka yang terlibat supaya kembali ke pangkal jalan yang benar..... Apa tak takut ke masuk neraka? Kena bakar ngan api neraka besor tau!!!!

Nnti citer lagi okies

SeRaWa DuRiAn a.k.a KuAh DuRiAn

Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang Allah swt kurniakan pagi ni. So pagi ni aku breakfast ngan my bestfren aku Hasney.... dia masak Serawa Durian atau kalau kat perak kami panggil Kuah Durian, cicah la ngan roti Gardenia sambil tu berbual la pasal anak-anak.

Hasney ni sedang menunggu masa je nak DUE (masuk dock) anak ke-empat, haisshhh.... seronok je aku tengok. Bila la kan pulak turn aku, rezeki aku plak untuk pregnant nih? Anak aku yang kecik sekarang ni pon dah umur 3 tahun lebih dah boleh sangat ader adik kecik....

Mungkin Allah belum mahu lagi memberi aku rezeki dan zuriat untuk kami suami isteri lagi. Kalau boleh aku nak la sangat anak perempuan sbb aku dah ader anak lelaki 3 orang. Aku takde geng laa... sedih. Pada sapa nak ku wasiatkan barang 'bling-bling' aku ni lps aku dh mati nanti? Hahahahahah.....

Nak bagi menantu? Kalo menantu tu sekepala mau dengar kata aku ok la watnya dapat 'menantu hantu', masya Allah jauhkan jodoh anak-anak aku dengan pompuan yang buruk akhlaknya....amin.

Mama sentiasa mendoakan yang terbaik dunia dan akhirat untuk kebahagian dan kesejahteraan anak-anak mama dan jangan lupakan mama dan ayah bila anak-anak mama dah senang dan berjaya nanti, insya Allah (bak kata Maher Zain dlm lagunya Insya Allah, anak aku si Nazrin suka sgt mnyanyi lagu nih)

Nnti sambung lain, nak wat keje skit nih, heheheh

Sunday, July 17, 2011

http://www.peteranswers.com

Korang semua boleh cuba tapi jangan percaya nanti SYIRIK. Hanya ALLAH yang SATU dan Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.....

Dikatakan Laman web yang sangat terkenal di seluruh dunia dalam meramal sesuatu perkara dengan betul dan tepat iaitu Laman web Peter Answers. Peter iaitu orang yang menjawab soalan dikatakan orang yang sangat berpengetahuan tentang orang yang mengajukan soalan kepadanya.


Katakan ketika anda menanyakan soalan kepada Peter, anda memakai baju biru, kemudian anda menanyakan kepada Peter apa warna baju yang anda pakai, beliau akan menjawab jawapan biru dengan pantasnya kepada anda.

Terror bukan. Ikuti pula sesi wawancara Pejuang Kesenian Extreme bersama Peter:

Soalan Pembukaan
Maknanya dia faham Bahasa Melayu

Soalan Pertama:
Buat masa ni ok

Soalan Kedua:
Betul juga

Soalan Ketiga:
Persoalan

Soalan Keempat:
Soalan Kelima:
Soalan Keenam:

Hahaha

Korang semua dah kena tipu...

Sebenarnya laman web Peter Answers ni sememangnya direka khas untuk menipu rakan-rakan anda supaya mereka percaya yang virtual Tarot ataupun Physic reader ni memang wujud.
Caranya senang sahaja..... Biar saya ajarkan anda untuk menipu..... haha

Jika anda perasan kat ruangan Petition pasti berbunyi begini
"Peter, Please answers this following question:

Sebenarnya di ruangan Petition sememangnya disetkan dalam bahsa inggeris... Dan di situ juga anda akan menulis jawapannya..

Caranya ialah anda mesti penaip [.](Noktah) dahulu.,
kemudian huruf ' P ' akan terpampar di skrin diruangan Petition...

Kemudian anda terus menaip jawapan di ruangan Petition itu.... Anda tidak perlu risau kerana jawapan yang anda tulis tidak akan dipamerkan di skrin sebaliknya apa yang tertulis ialah peter, please answers .................

Anda tekan ENTER

Kemudian akan beralih daripada Petition ke Answers, Anda buat-buat la tulis soalan walaupun dah tau jawapannya kat depan kawan2

Kemudian tekan ENTER

Secara automatiknya jawapan yang anda tulis tadi akan terpapar di ruangan jawapan Peter.
Senang bukan...

Layarilah

http://www.peteranswers.com/

Selamat Mencuba!!!!





GiGi SuSu DaNiSh PaTaH!!!

Eheheheh.... As-salam semua

Aku nak citer pasal anak sulung aku, abang long Danish. First time experience gigi depan bahagian bawah patah, ate udah le kompang, huahahahahah.

Atok, pak sedara dan mak sedaranya mula mengejek tak renti-renti, itu pon sebelah gigi yang patah tu pon udah mula bergoyang tunggu masa dan saat yang sesuai je nak tercabut. Nak tau sapa doktor gigi danish wat masa nih? Haaa.... ni la orgnya, Pn Che Norsalina.

Menangis meraung meratap hiba danish bila gigi kena cabut padahal lepas tuh senyap je siap simpan tapi ayahnya suh tanam. Kata hubby aku la, kalo gigi atas kena baling atas atap atau bumbung dan kalo gigi bawah kena tanam.... ikut la ayah oii, janji danish tak sedih dah, huhuhu....

Kat bawah ni ader pic Danish tanpa giginya..... layanzzz!!!














Ok la, nak kuar lunch!!!

KiSaH Di MaNjUnG

Haiiiii....!!!

Ok ok, sepanjang aku kat rumah mak aku last week kan aku belajar masak tau. Antaranya kuih puding sagu berkuah, kuih kasui dan lepat pisang. Tapi tu la, tak sempat nak ambik gambar, asal siap letak aje dlm fridge (puding sagu dan kuih kasui) bagi je punggung udah le ader tukang potong pastu ngapp!!!


Lebih kurang mcm ni la rupa PUDING SAGU BERKUAH aku tu tapi kuahnya yellowish color sbb aku gunakan tepung custard(bila bancuh kan yellowish) utk melikatkan lagi kuah, sori la x sempat nak snap dah abis di NGAPP!!


Bila ditanya sorg pon tak mngaku....sudahnya habis begitu saja tanpa sempat aku nak snap sekeping dua. Bukan tak nak ambik pics tau, mmng betul-betul tak sempat sbb dengan sibuk memasak di dapur, apa korg ingat ader masa aku nak pegang hp aku pastu snap! Habis rosak nyah aku punya BB.... apa korg ingat 20 sen nyer hp ker aku pakai??





KUIH KASUI/KASWI



Lepat pisang tu lagi la, panas-panas kuar je dari periuk kukus terus je dorg ngapp!!! Makan plak dorg tuang dengan kuah puding sagu tuh (kuah puding sagu tuh dibuat drpd susu cair, tepung custard dan gula mengikut rasa dikacau di atas api dan diletakkan air skit supaya tak likat, cantik tau kaler dia yellowish).

Tak sempat pon wat minum petang udah habis, wat pkul 2pm sblm pkul 5pm udah BANZAI!!!!!!!! Ok la kan, maknanya aku wat sedap le, huahahahahah (tu la motif yg sebenarnya nak bagitau, aku ni pandai masak)



LEPAT PISANG



Sebelah malamnya aku, adik aku si Janna dan mak kitorg main SPIRIT!!! Korg penah dengar spirit game. Kalo tak kuat iman jgn cuba-cuba main takut nnti terpesong iman! Kitorg pon main la dan tanya la soklan yg berkaitan ader la berunsurkan peribadi dan ternyata soklan yg dijawab BENAR DAN TEPAT!!! Tapi awas jangan percaya sangat nnti syirik sbb kitorg saja main utk suka-suka je tanya soklan berbentuk : BILA AKU AKAN KAYA? Hahahah... kan best

Tapi seram bila tanya 'Peter, siapa kamu?' Tau dia jawab apa? HANTU!!!! Tak meremang bulu tengkok! Tanya lagi... 'Peter, kamu sekarang ada di mana'...tau dia jawab apa? 'ADA SEBELAH ENA'.... Sebelah aku tuh, padahal sebelah aku kosong jer.... malam tu aku tido bawak Yassin la letak bawah bantal kepala aku tido, takut gak watnya di rasuknya aku, tak naya.... huhuhuh, padan muka aku!

Nak tahu apa jadi kat adik aku plak? The next day at nite dia bertembung ngan pocong!!!! Hahahahah... trus tak balik rumah tido kat rumah adik aku yg sorg lagi tuh si Azlia, kakak dia jugak la... ok kita layan pic Janna nih.






POCONG JANNAH


Hahahah.... Padan muka, tu la sapa suh tido rumah kak lia time kak ena ader kat rumah mak, dh takleh nk main spirit lagi, abg alip pon nak join udah tak dapek sbb kamu overnite sana, tu pasal jumpa POCONG!!!!

EnTrY BaLiK KaMpUnG

Salam semua!!!

Ok, ari ni isnin so as usual back to work! Last week seperti yg aku cakap aku balik kampung kan... so kitorg gerak lbih kurang pkul 3.30pm sbbnya hubby aku nak tunggu abih 1 citer kat TV3 nih.... haishh sabo je le...

So, lepas je amik anak terus le gerak balik then kitorg sampai di rumah tok sedara aku di Teluk Bakong ni around 7.30pm so trus bermagrib di masjid yg berdekatan di situ (jama' takdim). Lepas habis segala urusan aku dengan tok kitorg pon gerak la balik ke Manjung plak.

Sampai Manjung pon dh dekat pukul 9.45pm macam tu la trus makan di 1 kedai kat belakang area perumahan mak aku dekat ngan Jerat Cina (perkuburan cina) makan la sesiap sbb tak mau susahkan mak abah aku nak siapkan makan utk kami nnti, sian plak dah malam sgt kan.....

Bercerita bab makan ni bengang pon ader..... aku order Mee Sup Wantan Seafood, hubby aku plak Seafood Fried Rice with Pineapple (nasi dlm nenas mmng best giler) dan utk anak-anak aku order Chicken Chop 2. Yang aku bengang tu bukan apa, si Nazrin semuanya dibedal sudahnya aku makan kuah ajer.... nak marah pon anak, sabor je la kan, udah la perut tengah laparkan, nak order lain? Tak payah.... lambat nanti aku nk cepat je balik rumah mak aku (tak sabar benar ye maklum le rumah mak kita le katakan).

Sampai-sampai je adik bongsu pompuan aku ader sama (pantang si peah ni hujung minggu je mesti dia cabut kuar dari Uitm Arau nya tuh), yang takde nyer cuma si zaid je la. Tapi mak abah aku ader bagitau yg mak ngan abah dapat Surat Jemputan untuk hadir ke Teknik School adik Zaid sbb ada Majlis Penyampaian Hadiah dan Penghargaan sebab Zaid dapat No. 4 utk keseluruhan Sekolah Teknik di Negeri Perak nih.

Haah! Pandai tak adik bongsu lelaki aku, tengok la adik sapa kan... see my leg laa.... huahahahah. Mak abah aku asik menguntum senyum je bila berciter pasal adik aku ni. Adik zaid ni mana penah lekat rumah. Asal ari minggu je sana sini game bola la, dodgeball la, paintball la.... siap wakil sekolah, cawangan, daerah dan negeri Perak. Jadi nak tengok dia baca buku tu payah sangat dan kadang tu tak penah nampak pon.

Tu yg bila dpt result PMR kitorg terkejut dia leh pass dapat straight 5A dan subjek Matematik dan Sains dapat A!!!! Bangga aku, harap anak-anak aku pandai mcm acunya nih. Udah le adik bongsu pompuan aku ni jelussss.... sebab mak asik lebihkan Zaid! Hahahah, standard la tu, kalo anak lelaki of coz la mak dan kalo anak pompuan plak of coz la abah.







Haishhh Zaid... macam muka abah la sungguh, anak abah le katakan....



Ok lah, nnti citer lain plak.