Sunday, July 17, 2011

EnTrY BaLiK KaMpUnG

Salam semua!!!

Ok, ari ni isnin so as usual back to work! Last week seperti yg aku cakap aku balik kampung kan... so kitorg gerak lbih kurang pkul 3.30pm sbbnya hubby aku nak tunggu abih 1 citer kat TV3 nih.... haishh sabo je le...

So, lepas je amik anak terus le gerak balik then kitorg sampai di rumah tok sedara aku di Teluk Bakong ni around 7.30pm so trus bermagrib di masjid yg berdekatan di situ (jama' takdim). Lepas habis segala urusan aku dengan tok kitorg pon gerak la balik ke Manjung plak.

Sampai Manjung pon dh dekat pukul 9.45pm macam tu la trus makan di 1 kedai kat belakang area perumahan mak aku dekat ngan Jerat Cina (perkuburan cina) makan la sesiap sbb tak mau susahkan mak abah aku nak siapkan makan utk kami nnti, sian plak dah malam sgt kan.....

Bercerita bab makan ni bengang pon ader..... aku order Mee Sup Wantan Seafood, hubby aku plak Seafood Fried Rice with Pineapple (nasi dlm nenas mmng best giler) dan utk anak-anak aku order Chicken Chop 2. Yang aku bengang tu bukan apa, si Nazrin semuanya dibedal sudahnya aku makan kuah ajer.... nak marah pon anak, sabor je la kan, udah la perut tengah laparkan, nak order lain? Tak payah.... lambat nanti aku nk cepat je balik rumah mak aku (tak sabar benar ye maklum le rumah mak kita le katakan).

Sampai-sampai je adik bongsu pompuan aku ader sama (pantang si peah ni hujung minggu je mesti dia cabut kuar dari Uitm Arau nya tuh), yang takde nyer cuma si zaid je la. Tapi mak abah aku ader bagitau yg mak ngan abah dapat Surat Jemputan untuk hadir ke Teknik School adik Zaid sbb ada Majlis Penyampaian Hadiah dan Penghargaan sebab Zaid dapat No. 4 utk keseluruhan Sekolah Teknik di Negeri Perak nih.

Haah! Pandai tak adik bongsu lelaki aku, tengok la adik sapa kan... see my leg laa.... huahahahah. Mak abah aku asik menguntum senyum je bila berciter pasal adik aku ni. Adik zaid ni mana penah lekat rumah. Asal ari minggu je sana sini game bola la, dodgeball la, paintball la.... siap wakil sekolah, cawangan, daerah dan negeri Perak. Jadi nak tengok dia baca buku tu payah sangat dan kadang tu tak penah nampak pon.

Tu yg bila dpt result PMR kitorg terkejut dia leh pass dapat straight 5A dan subjek Matematik dan Sains dapat A!!!! Bangga aku, harap anak-anak aku pandai mcm acunya nih. Udah le adik bongsu pompuan aku ni jelussss.... sebab mak asik lebihkan Zaid! Hahahah, standard la tu, kalo anak lelaki of coz la mak dan kalo anak pompuan plak of coz la abah.







Haishhh Zaid... macam muka abah la sungguh, anak abah le katakan....



Ok lah, nnti citer lain plak.

Wednesday, July 13, 2011

Holiday Langkawi - Malacca

As-salam ouls

Last year kitorg gi Langkawi ikut my hubby, actually dia ader seminar pasal IMO Vessel International ni selama 3 hari pada bulan 11 arituh kalau tak silap la. So, daripada dia dok stay sorg-sorg dlm bilik yg berkatil besar tu aku pon apply la cuti tahunan ikut la dia angkut sekali anak-anak aku kira cam dah jadi percutian secara tak langsung.

Tapi sebelum tu aku bercuti ngan mak abah aku serta adik-adik aku di Melaka selama 3 hari then aku transit sehari overnite kat Sabak Bernam (tak singgah pon rumah sendiri padahal dh dekat benar kan, tak mau we all nak stay kat hotel di Sabak Bernam je Hotel Harbour Place).

Actually hubby aku ader meeting dengan D.O kat Sabak Bernam tu berkenaan satu kes ni then pas abis je meeting tu trus kitorang gerak sepantas mungkin ke Jeti Kuala Kedah. Kalo nak naik feri di Jeti Kuala Perlis alamatnya makan asap feri le jawab nyer kan....

Kitorg naik last feri pukul 7.15 mlm, tu pon sbb my hubby call opis kitorg JLM Wilayah Utara kat Kuala Kedah suruh hold feri sat and reserved the seat for 5 of us. So, kitorg sampai je kat Jeti Kuah Langkawi around 8.50 mlm and my cousin dah siapkan kereta utk kegunaan kami selama 3 hari nnti. Kebetulan cousin aku tu imigresen kat sana so senang la kalo aku nak minta tolong pape kan. Hotel tu pon cousin aku yg bookedkan and its very convinience berdekatan dgn tempat makan.

Ok la, citer byk pon tarak guna beb moh kita layan gambar je la sepanjang percutian kami di MELAKA - LANGKAWI - PENANG - PERAK..... huisshhh best giloss bercuti sakan noo!!!

LANGKAWI ISLAND

























LANGKAWI LAGI


















MALACCA








MALACCA WET WORLD













Sampai sini dulu, dah letih la.

Mood tak ok la....

As-salam semua

Hari ni mood aku tak berapa nak ok sangat mungkin sebab keadaan cuaca kot yg berjerebu kat area Port Klang ni... smlm anak kecik aku si Nazrin pun tak berapa nak tidur lena dan dua kali dia muntah sebab batuk yang non-stop. Nak kata lelah (asthma) dia datang balik takde pon dadanya berombak tapi aku rasa habuk dlm udara yang kotor ni la yang kita semua dok sedut hirup utk pernafasan kita seharian, tu sebab semua orang dapat batuk, demam la... haishhh

Macamana la kita nak pantau semua ni kan, melainkan kalau hujan turun barulah keadaan cuaca persekitaran terasa bersih segar FRESH la... runsing rimas kepala otak aku bila anak-anak tak sihat dan kita nak keje pon hati tak tenang la. Pagi ni pulak kesiangan kitorg... bangun pukul 6.30am kelam-kabut memasing capai towel berkejar ke toilet... nasib ader 4 toilet so ko pilih la mana 1 toilet ko nak tapi yg pasti toilet kat master bedroom mama yang punya okey!!!!

Esok aku plan nak half-day je keje sebab nak rushing balik ke Teluk Bakong kejap ke rumah tok aku then baru balik ke Manjung. Dapatlah minggu ni aku berhujung minggu bersama mak abah aku dan adik-adik aku walau pun tak semuanya ader macam adik Janna kat Uitm Arau takkan nak balik selalu kan dan Adik Zaid plak kat Teknik Grik. Yang ada mungkin ejai kot tapi 18hb ni dia pon dah mula nak daftar masuk ke UniKL semula.

Ni pics adik bongsu lelaki(zaid) & pompuan(jannah) aku. Yang macho ala-ala actor korea ni Ejai



So far, alhamdulillah adik-adik aku semuanya berjaya dan dapat membanggakan mak abah aku. Yalah kami bukannya berasal dari keluarga yang senang tapi yang pasti ilmu dan kejayaan anak-anak tu yang penting supaya mak abah kita bangga dan sekurang-kurangnya mereka berjaya membentuk kami menjadi manusia Insya Allah (macam lagu Maher Zin tu, anak kecik aku si Nazrin tu suka sgt nyanyi lagu nih)




Ni pics kitorg (dari kiri ke kanan) Baya, Aku,
Jannah & Lia


Ok lah, cukup la tu nnti aku story yg lain plak okies

Felicita Home Deco

Haa....

Ok-ok, la ni aku nak bagitau 1 of the kedai yang aku sudah minat dan rasa cam nak pi jer setiap kali kalo balik Manjung kan.... nama kedai tu HOME DECO atau Felicita Home Deco. Barangan yang dijual kan look like kat IKEA tp aku tgk mmng pon ader certain items yang diambil nya dari IKEA.

Kat sini siap leh tawar lagi tapi biarlah reasonable price yg korang nak tawarkan tuh nnti. So, for those yang suka sgt men'decorate'kan rumah dgn stail yg moden kontemporari kat sini korang leh dapatkan sebahagian items dan idea. Kat sini gak korang leh pilih Wall Paper yang latest-latest new design janji korang BERDUIT!!!!! Wakakakakakah..... apa? tak betul ke apa aku cakap?

Ada duit semua leh buat tau.... no money no talking...no money no love (sekarang punya philosophy). Sebelum aku terlupa, the person who are really fully responsible introducing me to this shop is..... Pn Che Nurbaya Salji (TQ sis, abis duit aku tau....huwaaaaa)




Inilah dia orang yg bertanggungjwb itu Pn Che Nurbaya Salji, Vouge Comel gitu tak?


Ni ader aku attachedkn a few pic about this shop... so, layanzzzzz

Tuesday, July 12, 2011

My Precious Little Man

Hiii.... Kita jumpa lagi

Minggu ni for 3 days aku lah boss bagi unit undang-undang ni, sbb? Sbbnya my big bos and second boss out-station ke JB ader Court Case kat sana, Isnin baru in office...... huahahahahaha

Tengah aku dok godek-godek pc aku ni tadi terjumpa pics lama my kids so aku pon decide ler nak upload utk wat kenang-kenangan kat blog aku ni kan... so, kita layan je la pics my 3 Heroes!!!!

DANNY-AKIM-ARIN : My Precious things in me & hubby life










Nnti jumpa lagi!

Monday, July 11, 2011

My APC 2008

Hi semua & As-salam

Takde mende pon nak citer tapi saja la aku nak kongsi share kegembiraan aku sepanjang aku berkhidmat dalam perjawatan awam yang kini dah mencecah lebih kurang 11 tahun. Insya Allah kalau takde aral melintang rezeki anak-anak aku cukup je 15 tahun berkhidmat secara automatiknya aku akan dapat naik kekananan, kiranya dapat title CC la..... wakakakakah, Chief Clerk tu beb (ehh... kan mmng dah kuar pekeliling pasal bab ni kan?)

Tapi yang sebenarnya aku dalam proses nak apply utk KPSL gred N27, kenaikan pangkat secara lantikan.... disebabkan ader kesilapan teknikal di bahagian peperiksaan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) aku terpaksa amik semula exam KPSL N27 yang mana sebenarnya aku dah lulus pada tahun 2006. Sedihnya Allah sahaja yang tahu....

Tapi takpe, rezeki aku tetap ada walaupun aku selalu di aniayai... aku bersyukur di atas segala ujianMU Ya Allah... walau kadangkala aku jatuh tersungkur terduduk dibuatnya. Just want to sharing my happiness here....

Pada tahun 2008 aku di Anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang oleh pihak Jabatan Laut Malaysia tapi sebelum tuh 3 tahun berturut-turut aku mengekalkan prestasi SKT aku, payah benar setiap dugaan banyak pahit manis yg aku kena tempuhi, jatuh bangun aku dalam menggapai kejayaan bukan perkara yang mudah. Haa..... ni la sijil penghargaan yang aku terima hari tuh dengan penuh rasa bangga dan syukur.










Ini tak bermakna aku dah berjaya sepenuhnya. Selagi kita bergelar manusia hamba ciptaan Allah kita takkan benar-benar sempurna dan harus menuntut ilmu hingga ke akhir hayat. Bak kata pepatah tuntut la ilmu sampai ke negara China... tapi apasal erk jadikan negara china sbgai contoh? Sbb kat sana kos tenaga buruh murah kot erk?

Luahan syukur ku padaMU Ya Allah

Bismillahhirrohmanirrohim
As-salam semua

Actually aku just nak post kenangan indah aku sewaktu menunaikan Ibadah Umrah thru Pakej Andalusia Travel bersama keluarga tersayang disamping ibu bapa dan adik beradik aku tahun 2008. Total overall kitorang gi time tu 13 orang, kitorang gi once aku abis je pantangkan anak yg ketiga si Nazrin. Bawah ni pics Nazrin masa kuar labour room (dah siap mandi laa)










Nazrin aku tinggalkan dibawah jagaan maklong nya (kak ipar aku) di Penang, kecik sangat aku nak bawak dia ke Mekah nnti masalah pula utk aku menunaikan ibadah disana. Kitorg pergi ni kalo tak silap aku a year after my dad pension.

Bapa aku dulu seorang kakitangan kerajaan yg sungguh berdedikasi, jujur, amanah dan nak tahu jabatan/kementerian mana dia bertugas? Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia berpangkat CHIEF ( pegawai kanan ler kalo melayu nyer). Kita layan sat pics yg ader nih








Kita layan pics kat Mekah & Madinah ni. Satu percutian Ibadah yang tidak ada tolok bandingannya berbanding percutian yang lain yang pernah aku pergi. Ini cuma sebahagian saja sebab kalo aku upload semua takut korg jemu pulak tapi CONFIRM takkan jemu punya la beb....












Ok, ni sebahagian pics kenangan kami anak beranak di Tanah Suci Mekah. Ya Allah... aku rindu sangat nak ke sana semula, banyak sangat benda hendak ku adukan kepadaMU Ya Allah....