السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARI INI (Rabu, 15 Jdl. Akhir 1435H) Hijab - hijab yang menutup jiwa manusia sehingga ia terhalang daripada mencapai hakikat `ubudiyyah yang menjadi tujuan penciptaannya ialah; Untuk membuang hijab-hijab (halangan /penutup) rohani ini. Seseorang itu perlu melakukan tazkiyat al-nafs. Kejayaan manusia dalam melakukan tazkiyat al-nafs ini akan membawa kepada kejayaannnya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah menjelaskan tentang hakikat ini sebagaimana firman-Nya: قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا "Sesungguhnya (pasti akan) berjaya orang yang membersihkan dirinya (rohaninya) dan (pasti akan) rugi orang yang mengotorkannya." (QS, As-Shams: 9-10) PENCERAHAN : Oleh itu langkah pertama yang perlu diambil dalam usaha melakukan tazkiyat al-nafs ini ialah mendapatkan ilmu. Ilmu yang perlu dipelajari ialah ilmu yang menjelaskan tentang persoalan mengenal tuhan (tauhid/ usuluddin), ilmu yang menerangkan tentang peraturan-peraturan atau hukum-hukum mu`amalah (fiqh) dan ilmu yang membicarakan tentang masalah-masalah kerohanian (tasawwuf). Kesemua ilmu ini perlu dipelajari (fardu ain). Setelah berilmu, hendaklah berusaha untuk mengamalkan ilmunya sekadar kemampuannya. Terdapat beberapa ciri amalan yang disifatkan sebagai amal tazkiyah atau amal mujahadah ini seperti yang dikemukakan oleh para ulama tasawwuf. Ciri-ciri tersebut ialah : Dalam usaha untuk melaksanakan amal mujahadah tersebut seseorang itu kerapkali menghadapi berbagai rintangan seperti kemalasan, keraguan, kekeliruan, kesilapan dan sebagainya lagi. Bagi menghadapi perkara ini seseorang itu disarankan agar mendampingi dan mendapatkan bimbingan atau irsyad daripada orang yang sudah ada pengalaman dalam perkara tersebut. Dari sini timbulnya konsep mursyid dalam ilmu tasawwuf yang memberikan tunjuk ajar (irsyad) dan didikan rohani (tarbiyyah) Seseorang yang tekun melakukan tazkiyat al-nafs kebiasaannya akan mengalami intibah (kesedaran rohani). Keadaan ini berlaku disebabkan hijab-hijab yang menutup hati mula terangkat sedikit demi sedikit menyebabkan basyirah (penglihatan mata hati) sedikit demi sedikit terbuka sehingga dia dapat melihat atau menyaksikan hakikat-hakikat ketuhanan dan kebenarannya. Kesedaran rohani ini juga menjadikan seseorang itu mula mengenali hakikat dunia. Dunia yang penuh dengan tarikan, perebutan dan kebanggaan ini sudah tidak menjadi kegilaan dan rebutan bagi dirinya. Dunia yang fana ini hanyalah sebagai perantaraan dan jambatan baginya menuju akhirat yang kekal abadi. KESIMPULAN : |
Wednesday, April 16, 2014
Lawan Nafsu
Agama Itu Nasihat
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARIAN : AGAMA ITU NASIHAT. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ “Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82) Penjelasan : Nasihat berasal dari perkataan NASHOHA yang membawa maksud “ Menampal sesutu yang koyak” atau “ Menjernihkan sesuatu yang keruh”. Dari maksud ini dapat difahami bahawa sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan menjernihkan suasana atau keadaan. Adalah kurang bijak sekiranya seseorang memberi nasihat kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama perbuatannya itu mengusudkan lagi keadaan. Umpama kain yang sudah koyak ditambah lagi koyaknya. al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata: النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له “Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.” (Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 79) TUNTUTAN MEMBERI NASIHAT : Ibnu Baththal rahimahullah (Wafat: 449H) berkata: والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم “Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/39. ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 4/211) SEBAIK-BAIK NASIHAT : Sebaik-baik nasihat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam beberapa hadis yang lain disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ “ Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692) mam as-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) juga pernah berkata: من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه “ Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia), maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sebenarnya dia telah membongkar aib dan merendahkannya.” (an-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 1/13) Seorang da’ie atau muslim yang bijak apabila menegur kesalahan seseorang tidak dicanang dan dihebohkan kesalahan itu dan siapa pelakunya. Nasihat dilakukan hanya di antara dia dengan pelaku tersebut. Inilah sifat nasihat yang sebenar iaitu menampal yang koyak bukan menambah koyaknya. Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan lagi keadaan. BILAKAH NASIHAT BOLEH DI Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain. Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata: لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له “Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, m/s. 35) Mutakhir ini banyak isu berkenaan personality agama di TV yang digemari mengutarakan pandangan, fatwa atau idea yang bercanggah dengan kaedah usul dan akidah Islam. Mereka bebas mengutarakan pandangan di laman sosial atau media massa tanpa sebarang sekatan. Pandangan dan idea mereka mudah mempengaruhi ummah lantaran nama dan kemasyhuran sebagai personaliti kesukaan. Malang sekali apabila ditegur kita dianggap cemburu dan tidak berhikmah kerana membuat teguran terbuka. Sedangkan kesalahan yang mereka lakukan itu secara terbuka dan memberi kesan yang negative buat umat ini. Lantaran itu teguran juga mestilah secara terbuka agar umat tidak terus tersirna dengan kemasyhuran seseorang sehingga alpa dari kebenaran yang pasti. وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِ Contoh nasihat atau teguran secara terbuka, terang-terangan dan di khalayak ramai : عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ “Dari jabir bin Abdullah Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Sedang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkhutbah pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: adakah engkau telah solat wahai fulan?” lelaki itu menjawab : tidak. (lalu) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “bangunlah dan solat ( dua rakaat tahyatul masjid )” (HR Muslim; 875) Sekalipun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja. Bukan munkar yang besar tetapi baginda menegurnya kerana perbuatan itu dikhalayak ramai yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil ringan pada suatu yang sunnah. Inilah yang menjadi dasar kebimbangan khalifah umar ketika menegur saiyyidina Uthman bin ‘Affan secara terbuka. Diriwayatkan bahawa : حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَعَرَّضَ بِهِ عُمَرُ فَقَالَ مَا بَالُ رِجَال Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan: “ketika Umar bin al-Khattab sedang berkhutbah kepada orang ramai pada hari jumaat, tiba-tiba masuklah Uthman bin ‘Affan maka Umar menoleh ke arahnya lalu berkata: “apa hal dengan seorang lelaki yang datang lewat selepas azan?” Maka Usman menjawab: “Wahai amiral mukminin! Aku tidak menambah-nambah (Melakukan perbuatan lain) tatkala mendengar azan selain terus berwuduk kemudian terus datang.” Maka berkata Umar : “dan wuduk juga?” tidakkah kalian dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila salah seorang dari kamu ingin datang menunaikan jumaat , maka hendaklah dia mandi (sunat jumaat).” (HR Muslim ; 845 ) Jelas sekali teguran khailifah Umar itu dilakukan secara terang-terangan di khalayak ramai. Ia bertujuan untuk mengigatkan umaah kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan agar mereka tidak terikut dengan kesilapan atau kealpaan seseorang sekalipun seorang tokoh dari kirami as Sohabah. Apa yang amat menakjubkan ialah sikap saidina Uthman yang tidak membantah teguran itu dan akur dengan kesilapannya. Inilah akhlak yang sepatutnya ada pada para ilmuan harapan ummah hari ini. Berlapang dada dan sedia menerima teguran serta mahu membetulkan keadaan bukan mempertahan diri dengan pelbagai alasan. Kesimpulan : Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, Doakan Istiqamah. Maaf tazkirah ini agak panjang.. terimakasih kerana sabar membaca.. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, والعفو منكم... Mudir Ar Rasyid Al Baghdadi |
Tuesday, April 15, 2014
Tanda Baik oOrang
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARIAN : TANDA BAIKNYA ISLAM SESEORANG. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:«مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ». حَدِيْثٌ حَسَنٌ, رَوَاهُ التِّرْمِذِي وَغَيْرُهُ هَكَذَا. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Di antara tanda kebaikan keIslaman seseorang: adalah dia meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadits hasan, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi no. 2318 dan yang lainnya) Penjelasan : Akhir-akhir ini kita sering dialpakan dengan perbuatan yang sia-sia dan memendekkan umur akibat kurang beramal disebabkan menyibukkan diri bukan pada tempatnya. Berapa ramai yang masanya berlalu dengan sia-sia tanpa pahala akibat perbualan kosong yang tidak berfaedah. Bergosip, membuat spekulasi pada perkara yang tidak jelas hujung pangkalnya. Mengutarakan teori dan spekulasi pada sesuatu kes sedangkan dia bukanlah orang yang berkelayakan. Alpa dengan debat-debat kosong dan perbualan yang tidak berfaedah terutama di alam maya melalui berbagai laman pada hari ini. Akhirnya nikmat kelapangan masa yang dianugerahkan Allah terabai tanpa ada kebaikan untuk akhiratnya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌمِنَ النَّاسِ: الصِ “Dua kenikmatan yang kebanyakan orang lalai padanya; kesehatan dan waktu senggang” (HR. At Tirmidzi no. 2304) Seorang muslim yang baik dalam memahami agama adalah orang yang tidak mensia-siakan waktu dan umurnya kerana sedar ia adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri. Mereka menghindar diri dari perbuatan dan perbualan sia-sia kerana ia mengelapkan hati dan menyempit peluang di akhirat. Al-Imam asy-Syafi’i berkata: Barangsiapa yang ingin Allah membukakan dan menerangi hatinya, hendaknya ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna dan menjauhi kemaksiatan. (Tahdziibul Asmaa’ karya al-Imam an-Nawawi (1/79)) Malik bin Dinar berkata : Jika engkau melihat hatimu menjadi keras, badanmu lemah dan kekurangan pada rezekimu, ketahuilah bahwa engkau telah berbicara sesuatu hal yang tidak perlu (Faidhul Qadiir karya al-Munawi (1/369)) Agar waktu dan umur yang berlalu tidak sia-sia. Perhatikan pesanan Allah : الْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3) “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasehati dalam kebenaran dan saling menasehati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3) Kesimpulan : Tanyalah diri kita sendiri : Bila lagi nak beramal? bila lagi nak bangun qiyamullail? bila lagi nak berdakwah? Bila lagi nak cegah kemungkaran? Kalau asyik alpa dengan perbuatan dan perbualan yang sia-sia, umur ini makin meningkat, perjalanan ke kubur makin dekat, kedatangan malaikat maut tidak dapat disekat, cukupkah persiapanmu untuk akhirat? Sedangkan kau tidak tahu apakah besok kau masih hidup atau sudah menjadi mayat. Marilah kita menjadi seorang muslim yang baik dengan tidak mensia-siakan peluang beramal dalam meniti detik waktu dan umur anugerah Allah. Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur, kehidupan yang sakinah dan umur yang berkat.. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat, agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen. Doakan juga agar dapat Istiqamah dengan AlQuran. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم.... Mudir Ar Rasyid Al Baghdadi |
Sunday, April 13, 2014
Tawasul
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARI INI (Isnin, 14 Jdl. Akhir 1435H) Dalil yang menunjukkan diperbolehkan bertawassul dalam berdo’a diantaranya adalah firman Allah dalam al qur’an; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Berasal dari perkataan Arab وسيلة (wasiilah: perantara). Tawassala-yatawassalu-tawassulan. Iaitu menjadikan sesuatu sebagai perantara ketika kita berdoa. Kita tetap meminta kepada Allah, tetapi kita meletakkan perantara di tengah sebagai penguat permintaan tersebut. Tawassul terbahagi kepada dua, iaitu; PENCERAHAN : 2) Bertawassul dengan orang saleh yang masih hidup. Iaitu berjumpa dengan orang-orang saleh yang amal ibadatnya bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, para ulama dan sesiapa sahaja orang saleh yang masih hidup adalah melalui doanya, bukan melalui jasadnya. (Syaikh Ibnu Taimiyah) Setelah kewafatan Nabi SAW, Umar Al-Khatthab r.a pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dengan Umar menyatakan bahawasanya “Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia di kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami.” (HR: Bukhari) Begitu juga dalam peristiwa Uwais Al-Qarni. عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ي َقُولُ إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ 3) Bertawassul dengan amalan saleh yang dilakukan. Tawassul Yang Mamnu' (dilarang) Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati. Termasuk seruan kepada Nabi SAW yang telah wafat. Berdalilkan hadis-hadis dha’if dan tidak membawa pengertian bahawa Nabi SAW pernah bertawassul dengan Nabi-nabi yang telah wafat sebelumnya. Syaikh Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari dalam kitabnya, Al-Tawassul Baina Masyru’i wal Mamnu’. Beliau membahaskan secara terperinci larangan tersebut. Contohnya, menyeru “Berkat arwah Syaikh fulan bin fulan…” KESIMPULAN : |
Wednesday, April 9, 2014
Tentang Lelaki
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARI INI (Rabu, 9 Jdl. Akhir 1435H) Lelaki mengikut definisi ulama; Seseorang manusia yang melepasi tahap baligh dan mumaiyiz. Definisi ini tidak digunakan dalam perbahasan mirath (harta perwarisan) yang tidak membezakan antara dewasa atau kanak-kanak. PENCERAHAN : LELAKI YANG SOLEH : Rasulullah SAW bersabda : LELAKI YANG BAIK : KESIMPULAN : |
Tuesday, April 8, 2014
Kelebihan disebalik Kekurangan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ TAZKIRAH HARI INI (Selasa, 8 Jdl. Akhir 1435H) Rasulullah SAW pernah bersabda; “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim) “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah) PENCERAHAN : Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu. Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul. Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi. KELEBIHAN WANITA DI SEBALIK KEKURANGANNYA: KESIMPULAN : Mudir Ar Rashid Al Baghdadi |
Kelebihan Cium
Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA*** i) Fadhilat Cium Anak ii) Fadhilat Cium suami iii) Fadilat mencium isteri Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri. |