Thursday, November 24, 2011

Choc Moist Cake

Assalamualaikum...

Malam tadi saya mencuba resepi baru... dapat dari seorg teman, Hasni namanya. Pastu kak Salama pon bagi gak resepi kek coklat yang selalu dia baked kat rumah untuk kudapan familynya. So, aku pon merangkumkan dan mengadaptasikan resepi mereka berdua, maka terhasillah kek dibawah ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi choc moist cake yang famous ni....















Jom kita buat sama-sama :)

Bahan A:

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cairlagi sedap)

½ cawan susu manis


Bahan B:

1 ¼ cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate


Bahan C:

3 biji telur


Cara menyediakannya:

Masukkan A ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.


Ayak B, ketepikan.


Pukul telur hingga kembang dan dicampur dengan campuran koko (A) tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam 1/2 acuan je). Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan.


Korang cubalah, aku dah.... berjaya pon :)




Lawak bodoh seketika :)

Ader benarnya jugak citer ni, heheheh.... :)

Sila baca dan fikir-fikirkan.

Di suatu petang yang hening....

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu :Kenapa kau kata macam tu yam?

Ayam : Tengoklah apa yang mereka dah buat pada aku?!

Lembu : Hah.... buat apanya pulak ni...?

Ayam : Aku ni bertelurnya hari-hari. Aku bercadang naklah dapat anak seekor dua. Orang kata aderlah jugak waris aku bila aku dah takde nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut langsung. Hari-hari diorang ni makan telor aku. Macamana lah aku nak ada anak???!!!! (marah betul si ayam)

Lembu : Alah.... kau punya masalah tu kecik je yam....

Ayam : Apa maksud kau?

Lembu : Aku ni lagi la,kalau difikirkan nasib aku lagi malang dari kau. Rasa nak bunuh diri pon ader. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi takde sorang pon dari kalangan depa yang nak panggil aku MAK!!!!

Ayam : ?? (Dalam hati : tak boleh pakai punya lembu!)

Betui tak? Oleh yang demikian bertukarlah kamu semua manusia minum susu soya bean...ngeee :)

bubbaiii :)

Wednesday, November 23, 2011

Cuti-cuti Malaysia di Penang

As-salam...

Esok jumaat (25/11/2011) aku keje halfday sebab nak balik kampung, ye ker kampung? Rumah mak aku tu kat Bandar Seri Manjung Perak rumah taman perumahan lagi..... sebab sabtu ngan ahad tu kena attend wedding. Hari ahad tu nanti lepas balik dari wedding trus shoot gerak balik ke Penang plak rumah my MIL.

Yang sebenarnya my hubby nak mengecat rumah maknya. Tu yang amik cuti seminggu tuh. Tapi kena balik gak 30/11/2011 tu sebab aku nak kena gi Hospital Putrajaya ader blood taken. Tapi dengar-dengarnya macam ader kursus yang pihak pentadbiran anjurkan buat di Langkawi dari 2-5/12/2011 tapi satu haram surat atau memo pon aku tak dapat.

Lantak le, kalau dapat cepat sebelum aku bercuti sok aku pegi kalau tak.....wassalamu la. Lama dah tak pergi bercuti ni. Hasrat hati macam nak ajak hubby gi Melaka bulan 12 nih. Tu pun lepas Danish abis kelas celik jawinya dari 5-22/12/2011 ni bagi menentukan kedudukan Danish yang akan ditempatkan di kelas yang mana nanti untuk sekolah kelas SAR di Kampung Idaman.

Ok lah, nanti citer lain :)

Congratulation Boss!

Salam semua....

Lama dah kan aku tak menulis citer kat sini. Aku busy skit this lately dengan kerja dan keluarga. Ni barulah free skit sementelah boss aku dah takde nih.

Korang baca tajuk entry kat atas tu pun forsure korang mesti dah paham kan? Pada tanggal 10 November 2011 boss aku Puan Insyariza Ibrahim telah diarah bertukar ke Kementerian / Pejabat E-Tanah di Putrajaya sekaligus naik pangkat memangku L44.... tahniah boss.

So, secara automaticnya aku dah la takde boss. Tunggu la sampai pihak Kementerian menghantar orang baru bagi mengisi kekosongan jawatan Penasihat Undang-undang di Jabatan aku ni. Sunyi gak rasanya takde boss ni. Actually aku ader seorang lagi boss, Encik Rehimi tapi dia gi perfom hajj. Middle of December baru dia balik Malaysia tapi dia sms kat aku katanya dia nak continue his annual leave until next year.

Yelah kan ko... penat balik oii, aku tau la mcm mana punya penatnya buat amal ibadat di Mekah dan Madinah. Rugi kalau tak digunakan sepenuhnya masa yang ada untuk beribadah. Aku berani cakap sebab aku pernah gi Umrah tahun 2008 selama 2 weeks, sampai je Airport baru ko terasa penatnya longlai sendi badan ko....

Kat sana memang la banyak masa tapi korang takyah cakap la kalau tak penah pi sana..... pi sana sendiri then u experience it by ur ownself... rindunya aku kat kota Mekah tu. Terbayang-bayang lagi Kaabah di depan mata nih.... Ya Allah hai....

Aku takde la plak simpan gambar boss aku nih... tapi apa pun tahniah boss utk sekali lagi. Harap silaturrahim yang terjalin antara kita akan kekal hingga ke akhir hayat... insya Allah.

Bubbaiii.... :)

Tuesday, November 22, 2011

Ular kepala 7 ditemui di Perlis

Baca ni....


Hasrat 3 orang pemuda dari Kampung Ngulang, Kangar Perlis untuk memancing di sebuah alur berhampiran dengan Ampangan Timah Tasuh, baru-baru ini terbantut selepas mereka terserempak dengan seekor ular dipercayai sejenis tedung selar berkepala 7!!!!


Dua daripada mereka dikatakan demam selepas terserempak dengan ular berkenaan. Gambar ini dirakam dan diambil dengan menggunakan telefon bimbit salah seorang daripada mereka yang kebetulan memberanikan diri dan kemudiannya bergegas pergi ke kedai gambar dan mencetaknya.


Inilah kebesaran Allah swt supaya manusia berfikir kerana sesuatu kejadian atau benda yang pelik tentu ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Subhanallah..... wallahhu 'alam.







Gambar dari jarak jauh.








Gambar yang dibesarkan.





Fikir-fikirkan.... bye peeps :)

Thursday, October 6, 2011

Holiday at Bandung Indonesia

Salam Ouls... :)

Mungkin dah agak basi untuk aku nak bagitahu tapi on 23-27/9/2011 aku ngan family aku gi holiday ke Bandung Indonesia. Banyak sebenarnya aku nak citer dan nak uploads pics tapi entah macamana la kan macam payah benor... ke aku yang tak pandai nak uploads kan?

Takpe-takpe... janji ader gak pics kan dari takde langsung... son this is a few picture yang tour guide kami amikkan during our vacation there. Happy viewing peeps!!!!












Kat belakang tu Kawah Ratu, kat sini bau belerang kuat sangat. Ni kat salah satu kawah yang ader kat Tangkuban Parahu. Nampak je macam panas tapi actually sejuk berangin kat atas gunung tuh. Kat atas tu bersepah orang jual buah strawberry. Sedap tau manis-manis kalah strawberry kat Cameron Highlands. Aku beli R40,000 dapat 3 peket trus makan kat situ gak dalam berjalan-jalan mendaki gunung tuh.

Kedai-kedai pun banyak kat situ, memacam boleh beli aihh takut korang tak tahan sebab depa hurung kita selagi kita tak beli. Kesian dengan kehidupan dorang. Sanggup jual apa sahaja demi mencari duit.... tersedar aku sejenak bila fikirkan betapa beruntung aku jadi 'Anak Malaysia'.



Haah.... ni kat Main Enterance, bergambar la buat kenangan kan... Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu - lagenda mengatakan si anak bercinta ngan mak kandung sendiri sebab tak tahu tu mak dia... mak dia awet muda.





Ni pun ader hati hubby aku ajak pegi lagi tak puas berjalan katanya. Aku cakap nanti-nanti la bagi anak besar sket bleh aku guna kudrat depa bertiga angkat plastik shopping bag aku nanti. Penat pun tak abis lagi nih....

Kalau korang rasa nak berniaga dan nak amik stok barang harga borong datang la sini. Aku pon sama gak macam orang gila bila pi Pasar Besar (kalau tak silap aku).... memborong telekung je dah 2 dozen, kain japanese cotton 1/2 dozen (utk adik2 pompuan aku la bagi survenir kat depa).... blouse lagi, t-shirt lagi.

Gi Toko 3 beli jeans, original jeans tu beb! Aku just beli 3 pasang jeans jer dan hubby beli 2 pasang. Then lari pi Rumah Moda..... perghhh, barangan kulit tu beb.... Channel, Coach, Gucci.. semua brand ader. Aku just beli 2 psg kasut kulit (nak wat pakai kerja) dan 1 handbag Coach... buat kenang-kenangan.

Lagi satu kami naik kuda tau. Nanti aku update lain dalam column yang lain okey. Gi Factory Outlets. Singgah Hollywood Trans Studio Bandung... R200,000 satu kepala beb!

Beli jugak la baju anak-anak, oil painting pictures (3 keping baru R150,000 jer). Murah tu, kalo kat Malaysia beratus beribu rege nyer.... semalam baru hubby aku dril dinding dan gantung oil painting tu (busy katanya...alasan).

Dari 1 luggage jadi 4 luggage tu termasuk 1 darinya baju kotor yang lain semua barang shopping. Nasib hubby bayar luggage fees lebih sket kalo tak sakit gak nak bayar kat airport nanti. Bag kendong tiap sorang yang tu bawak atas flight la kendong sendiri....

Banyak nak citer tapi cukup la dulu. Kalo nak tahu lebih lanjut baik korang pi sendiri.... experience it by your ownself!


Bye peeps!!!

















Monday, October 3, 2011

Duit Faraid arwah my FIL

Hi ouls...

Akhirnya settle gak urusan pengeluaran wang arwah ayah mertua aku setelah 8 tahun di usahakan. Seusia ngan tempoh perkahwinan aku dan sampai dapat anak 3 la... betapa teruknya nak keluarkan duit arwah ayah dr KWAP.... ni la padahnya apabila mati tidak meletakkan sebarang penama.

Dengan terjadinya masalah ni aku pon terus sound hubby aku suh letak siap-siap nama aku pada setiap harta benda simpanan wang segalanyalah termasuk insuran,wang simpanan supaya tidak menyusahkan orang di dunia nanti. Bukan la aku nak minta hubby aku mati cepat tapi itulah kebenarannya. Sapa yang tak tahu dan tak pernah menempuh permasalahan ini tolong jangan sesedap mulut nak mengata aku hokeyy..... lu kena sendiri baru lu tau... cakap manyak pon tarak guna!!

Dapat lah my MIL merasa duit arwah ayah tapi dlm RM80K tu kena bedak-bedak utk 13 org mengikut hukum faraid. Dapat la arwah mak ayah stil hidup lagi so, Tok Lijah dapat RM13K, my MIL dapat la RM10K, anak-anak lelaki dkt RM7K(portion hubby aku) dan anak pompuan separuh dari jumlah anak lelaki. So, korang calculate sendiri la. Dari jumlah RM80K tu we all setuju amik 10% setiap seorg untuk buatkan wakaf bagi arwah ayah mertuaku.

So, hubby aku yg bertanggungjawab melaksanakan tugasan ini. So, untuk buat wakaf tu hubby aku bahagikan kepada 3 portion. Satu portion bagi kat abah aku sebab surau depan rumah mak abah aku tengah nak naik Sekolah Agama Rakyat. Satu portion lagi aku bagi kat mak angkat aku di Lekir sebab di kampung mak angkat aku tuh dia jadi wakil untuk cari sesapa saja yang berniat nak berbuat wakaf. Duit tu tujuannya untuk membeli sebidang tanah bagi pembinaan masjid di kampung tu. Dan satu lagi portion tu hubby aku buat wakaf di Taman perumahan aku di Bandar Parklands bagi tujuan pembinaan surau. Mudahan-mudahan roh arwah ayah mertuaku sentiasa diberi keberkatan. Besar harapan agar berterusan pahala dengan wakaf yang dilakukan ini.... insya Allah.

So, semua orang jadi OKB la kan..... ye la, Orang Kaya Baru dpt duit bonus!!! My MIL terus ajak aku tempah langsir baru, beli perkakasan elektrik, perabot baru. Lebihan duit kami repair rumah my MIL pasang kipas 2 kat hall dan sebagainya. Ni ader lagi RM13K yang nak di tuntut lagi ni. Duit yang dapat ni nanti kami nak masukkan dalam akaun Tabung Haji buat tokok tambah duit MIL yang memang dah ader dalam buku.

Plannya my MIL, hubby aku dan aku nak pi perfom hajj thru pakej je la, nak tunggu turn panggil thru LUTH lambat sgtkan. Kita ni makin hari makin tua banyak penyakitnya. So, nak cepat pakai je la Haji Pakej. Doa-doakanlah aku dapat pi cepat memandangkan aku ni pon kesihatan tak begitu baik. Aku ni berpenyakit.... sedih, huk huk huk.

Ok la, nanti citer lain :)