Sunday, February 15, 2015

Sedekah



PERKONGSIAN ILMU PETANG INI.

Bersedekah Itu Adalah Pemancing..

Kadang-kala Kita banyak berjanji atau bernazar,

"Kalaulah saya naik pangkat jadi Manager, saya akan memberi makan kepada anak-anak yatim".

"kalaulah gaji saya naik tahun ini, saya akan membelikan isteri saya baju yang mahal-mahal."

"Kalaulah bisnes saya maju dan mencapai target, saya akan sembelih 2 ekor kambing untuk dibahagikan kepada fakir miskin ".

"Kalaulah saya dapat jodoh tahun ini, saya akan masuk tabung masjid Rm1ooo ringgit".

"Kalaulah isteri saya boleh hamil, saya akan membiayai keluarga saya yang tidak mampu ".

"Kalaulah hutang-hutang saya diselesaikan, saya akan bersedekah 1oo orang anak-anak yatim."

"Kalaulah saya sembuh dari sakit, saya akan membiayai orang sakit yang tidak mampu seperti saya".

Semua kenyataan diatas, kita biasa dengar bukan, janji-janji di atas tidaklah salah....

Tetapi, bagaimana kalau semua itu tak terjadi? Kerana semuanya itu adalah milik Allah dan allah lah yang menentukan semuanya.

Jika semua itu tidak terjadi ertinya kita tidak jadilah memberi makan kepada anak-anak yatim?

Tidak jadilah membelikan baju kepada isteri?

Tidak jadilah sembelih 2 ekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin?

Tidak jadilah menyumbang kepada masjid?

Tidak jadilah membiayai keluarga yang tidak mampu?

Atau tidak jadilah membiayai orang sakit yang tidak mampu?

Wahai Sahabat-sahabat ku semua...

Sedekah itu sebenarnya kita sedang memancing rahmat allah. Memancing segala macam Hajat kita sebagai mahluk ciptaan allah.. Apa yang berlaku situasi diatas, seolah-olah, kita bermain dengan allah, kalau allah bagi saya ini, barulah saya akan lakukan benda ini.. Satu kesilapan yang kita terlepas pandang.

Ketika kita menginginkan anak dalam kehidupan, pancinglah dengan sedekah.

Ketika kita ingin mendapatkan jodoh, pancinglah dengan sedekah.

Ketika kita ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, pancinglah dengan sedekah.

Ketika seseorang ingin pekerjaan, naik pangkat dan sebagainya, pancinglah dengan sedekah.

Ketika ingin perniagaan kita bertambah maju, pancinglah dengan sedekah.

Ingin beli rumah atau ingin lepas dari hutang piutang rumah, pancinglah dengan sedekah.

Ketika kita menghadapi apa sahaja masaalah hidup, pancinglah dengan sedekah.

Bersedekah mempercepatkan datangnya bantuan Allah. Jangan sayang-sayang dalam bersedekah, utamakanlah ia bila ingin cepat dibantu Allah.

Bersedekah atau mengorbankan harta, diwaktu kita susah, di saat kita menderita berbagai-bagai kesulitan, nilainya sangat luar biasa di sisi Allah swt dibandingkan ketika kita dalam kesenangan...

Inilah kunci pembuka rezeki yang sebenarnya...!! Ingat.... Allah Maha Melihat, allah maha mendengar, maha mengetahui pengorbanan yang kita lakukan. Janganlah takut harta kita habis dengan bersedekah.

Ada 4 fadilah bersedekah:

1. Mengundangnya rezeki.

2. Menyembuhkan penyakit.

3. Menghilangkan kesulitan.

4. Memanjangkan umur

Jadi alangkah baiknya jika ...

Sebelum menjadi Manager, kita memberi makan anak yatim, pasti kita akan menjadi manager, ketika itu pasti kita akan memberi makan anak yatim dengan lebih banyak lagi.

Sebelum gaji naik, kita bersedekah, pasti gaji naik, setelah gaji naik banyaklah kita boleh bersedekah lagi.

Sebelum perniagaan maju dan mencapai target, kita sembelih 2 kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin, pasti kita akan maju, setelah perniagaan maju, pasti kita akan potong 4 ekor kambing lagi.

Sebelum dapat jodoh, kita sumbang rm1ooo ke tabung masjid, pasti dapat jodoh, setelah dapat jodoh kita pasti akan sumbang 2ooo ringgit ke tabung masjid.

Sebelum sembuh dari sakit, kita biayai orang sakit yang tidak mampu, pasti allah akan sembuhkan kita, setelah sembuh dari sakit kita pasti akan biayai lagi orang sakit yang tidak mampu... Begitulah sunnatullah yang sepatutnya.

Ingatlah Sahabat, Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan, kerana allah lah yang menggenggam segala macam kejadian & harapan atas semua mahluk ciptaannya... jadi, janganlah menunggu hari esok.... sebelum segalanya menjadi terlambat.
Wallahua'lam: Semoga bermunafaat buat diriku sendiri.. Doakan istiqomah kita semua..

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

YANG


YANG.....

Yang singkat itu - "waktu"

Yang menipu itu - "dunia"

Yang dekat itu - "kematian"

Yang besar itu - "hawa nafsu"

Yang berat itu - "amanah"

Yang sulit itu - "ikhlas"

Yang mudah itu - "berbuat dosa"

Yang susah itu - "sabar"

Yang lupa itu - "bersyukur"

Yang membakar amal itu - "megumpat"

Yang ke neraka itu - "lidah"

Yang berharga itu - "iman"

Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

Yang tak forwad itu -kedekut.....


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Friday, February 6, 2015

Rotan Anak



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Khamis 29 Januari, 2015).

11 ETIKA MEROTAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM.

Anak-anak adalah amanah orang tua yang wajib dijaga oleh kedua orang atau wakil yang di beri tanggung jawab menjaga mereka. Allah SWT berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا َ

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka".

Pada Sabtu lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim telah mengumumkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya, Jun ini.

Antara kandungan akta baharu itu termasuk cadangan menjadikan hukuman merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Cadangan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi terutama di media sosial di mana rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan itu.

Bagaimanapun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan pada Ahad telah memberi penjelasan bahawa bukan semua tindakan merotan akan dikategorikan sebagai kesalahan jenayah seandainya ia tidak menyebabkan kecederaan fizikal atau mental.

Zaman ini, bila anak-anak dirotan di sekolah untuk tujuan denda mendidik, ibu bapa terus kata "talk to my lawyer" kita SAMAN. Dah hilang zaman kegemilangan orang dulu-dulu didik anak. Sebenarnya merotan adalah untuk mendidik. Bukan bermaksud mencederakan sehingga hilang akal dan tak ingat dunia dalam menghukum. USM akui memang ada juga individu yang tak ingat yang anak-anak tu amanah Allah maka mereka hilang pertimbangan dalam menghukum.

Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol " Tarbiah al-Aulad fi al-Islam" telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : 

1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan

2. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak

3. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut dan kemaluan anak-anak.

4. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah tersebut melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah SWT.

5. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya mencapqi 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun (HR Abu Daud)

6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka

7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.

8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini

9. Pukul/Rotan bagi tujuan mendidik dan bukan untuk memudaratkan.

10. Orang tua atau guru wajib berhentikan merotan dengan serta merta jika anak meminta pertolongan untuk berhenti merotan.

11. Pilihlah rotan yang sesuai dan bertimbang rasa dalam menyedarkan anak-anak. Kerana merotan sebagai pengajaran dan bukannya sebagai pemuas nafsu amarah orang tua atau guru yang mendidik.

Ya Allah jadikan anak-anak kami, anak-anak yang sholeh dan sholehah. Jadikan mereka penyejuk hati kedua orang tuanya. Jauhkan mereka ya Allah. Daripada membawa fitnah kepada kedua orang tua dan guru yang mendidiknya. Mudah-Mudahan anak zuriat kami merupakan penerus generasi yang cemerlang di masa yang akan datangbdi dunia dan akhirat. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com/ USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH.
( Shah Alam, Khamis 8 Rabiul Akhir 1436 H).

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.