Thursday, June 27, 2013

Mata Tak Bleh Tido

Assalam semua,

Pagi ini aku masih blum bleh tido. Mata aku tak mau tido...apasal ntah. Maka tangan aku mula pegang Blackberry dan mula menaip untuk blog ini.


Pada cuti sekolah yg lepas aku dan anak-anak aku bercuti ke Terengganu bersama dengan Atok, Opah dan Pak Uda diorang. Kami pi T'ganu semalam jer dan stay kat hotel Seri Malaysia bilik RM 238.00 semalam.

Dekat sana sempat aku tak lah shopping sakan, sekadar beli kain pelikat untuk anak2 aku sorang selai RM10.00, buat persediaan diorang masuk jawi bulan Nov. nanti.

Apapun best gak pi sana, sebab drive bawa kereta Honda baru aku tu jalan jauh skit. Kalau dulu kat Sarawak paling jauh aku pi pun setakat Sri Aman jer lebih kurang 160 km jer dr Kuching, manakala masa aku pi Kuala Terengganu jarak lebih kurang 650km dan mengambil masa sampai 6-7 jam perjalanan.

Akhir kata percutian yang seronok dan tak dapat dilupakan. Nanti cuti skolah aku nak plan pi Johor pulak, Insya Allah.

Sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 26, 2013

Ziarah Kubor

Salamahun semua,


Pagi ini aku baru jer lepas ziarah kubor arwah isteri . Pusara beliau baru jer ditanda dgn batu nisan dan kepok yg harganya RM 1,100.00 ditempah di Air Tawar Perak.


Semalam plak, kawan aku meninggal, Idris Anutullah baru umur 45 tahun umuq dia. Maut semua akan dirasai oleh semua makhluk bernyawa.

Adios
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 12, 2013

Kerja-Kerja

Assalamua'laikum wbh dan Salam sejahtera semua

Hari ini hari Jumaat dan biasalah bagi kerja makan gaji semangat kerja tuh slow sikit dan mana2 kerja yg tak urgent tuh tangguh dulok (bahasa Sarawak) untuk minggu depan dan begitulah selanjutnya.
Untuk makluman, kalau nak diikutkan kerja sampai matipun tak abis.

"Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun",
Terlebih dulu minta maaf kerana aku tak pasti samada ia hadis ataupun kata2 hikmat dari ulama2 terdalulu....tapi kalau hadis maka makna lebih kurang macam tuh la.

Kat sini aku just nak bagitau kat korang yang kerja2 kita telah menyebabkan lupa amal ibadat...(aku la tuh), apasal plak yer....dulu org kata 50 dunia 50 akhirat.....fulamak nak jadi ostat plak dah.

Apapun aku nak citer pasal kerja2 peringkat atasan. Yer la baru2 Dato Najib dh umumkan senarai nama Menteri Kabinet iaitu pada 13hb kalau tak silap aku la. Semuanya full Menteri 32 orang. Tolak PM dan TPM jadi 30 orang, lepas tuh tolak 3 Menteri yg dari senator 3 orang maka jadi 27 orang.

Yg baguih nie wakil Menteri dari Sabah 6 orang dan Swak 6 orang maka jadi 12 orang. So dari Semenanjung jumlahnya cuma 15 orang sahja. So 15 Semenajung dan 12 Sawak/Sabah. Aku bukan nak cakaplah...pembahagian Menteri Kabinet nie aku tak brapa puas ati skit. Apsalah bagi kat Sabah dn Swak smpai 12 post. Kalau nak di comparekan....kat Semanjung nie ramai gak calon2 yg bleh diketengahkan.


Hari ini aku nak pi Kuala Terengganu...outstation. Lama gak aku tak kaur sejak pindah pejabat baru ini. Maklumlah teramat sebok ambil alih tempat Pegawai yang dah pencen. Hari sempat jugak aku lari pi Pejabat Tanah nak tanya pasal transfer title tanah atas nama aku dan nama arwah bini aku. Apapun nanti aku update maklumat lain yang perlu. Sekian adios.


Yg Benar,

Aliff Ahmad
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.